Thursday, December 10, 2009

Jaga Bateri


Macamana petua nak tinggalkan kereta dlm masa yg agak lama? Maklumlah sekarang kereta sorang 3,4 bijik.Kereta yg nak tinggal tu cuba anda cabut satu kepala Baterinya.Dgn cara ini Bateri akan tahan lebih lama kerana Current akan terputus terus dari bateri tu.Insyaallah bila balik esok sambung balik kepala bateri tu dan terus je start.Biasanya bateri akan labih kuat daripada kita tak cabut kepalanya.Tapiii.....kalau kereta anda yg jenis canggih,model terbaru pulak tu, jgn buat seperti tadi kerana apabila Current terputus,Setting Computer Box akan lari,satu kerja pulak nak setting balik.

Thursday, December 3, 2009

MYVI

Anda pemilik kereta Myvi ?....Sy nak cerita sikit pasal Myvi ni. Kereta ni memang top one sekarang di Malaysia ni.Sebab come lote dan praktikal utk digunakan dari semua segi.
Teknologi kereta ni memang canggih.Sebagai sedikit panduan jika kereta jenis ni tak boleh start kerana Bateri lemah.Jangan terus sambung dengan wire Jumper sebagaimana kita buat untuk kereta lain.Alamat tak lama jahanamlah kereta ni....,habis lari dia punya setting Computer Box.
Sebaiknya cabut terus bateri yg lemah tu, letakan bateri yg elok, kemudian baru start.
Semua kerja 2 tadi hendaklah dilakukan setelah kita mencabut dahulu kunci daripada tempat start tu.Atau kalau nak guna juga wire jumper, offkan dahulu suis tersebut dan cabut terus suis tu, baru di sambung wire jumper.Setelah itu baru di masukan kunci dan terus start.Ini nak mengelakan dari setting computer box tadi akan pening dan kesanya kereta tidak akan boleh hidup walaupun boleh start.Terpaksa di tunda ke Bengkel.Selalunya mekanik akan setting semula dan akan men"copy"kan kunci kereta myvi kita dan akan disimpan tanpa pengetahuan kita utk memudahkan kerja2 mereka dimasa akan datang jika kereta kita buat hal lagi.Saya bimbang mereka akan menyalahkan gunakan kunci copy tersebut utk kegiatan jenayah dll.Maklumlah kunci yg telah di "copy fizikal dan tlh disetting" berada dlm simpanan mereka.Walaupun Remote Control tidak di copy, tapi pada pemegang kunci tersebut sebenarnya ada sistem electronic yg boleh di copy.
Begitu jugalah jenis kereta baru seperti Avanza dll.
So....berhati-hatilah.

Saturday, November 28, 2009

KANCIL-MASALAH PAIP AIR

Anda pemilik kereta Kancil ?.Ini masalah yg kerap terjadi kepada kereta jenis Kancil.
3 way dan 4 way pipe selalu patah.Penyambung kepada Bypass Hose ini dibuat dari campuran Plastik.Memang tak tahan lama.Anda dinasihatkan agar kerap menukar paip ini.Selalunya dlm tempoh 2 tahun, paip ini akan patah dan pecah.
Kesan akibat dari paip ini patah sangat besar.Kalau tak disedari, dalam tempoh 2-3 minit saja air akan kering.Kalau kereta terus saja berjalan kerosakan akan terjadi kpd enjin kereta anda.
Selalulah periksa paip ini dan terus tukar apabila nampak tanda2 bocor atau sudah digunakan agak lama.Bagi model terbaru selalunya sudah di"upgrade"kan kpd jenis Besi yg lebih tahan.
Kalau paip ini patah ditengah jalan,carilah sesuatu seperti kayu dll utk menutup sementara lubang Hose,sebelum menuju ke Klinik kereta anda.

Friday, November 27, 2009

ERTI PENGORBANAN


Aidiladha merupakan satu hari mengingati pengorbanan agung yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.Cuba kita fikirkan bagaimana tidak logiknya seorang yg berfikiran waras sanggup menyembelih anak yg sangat dikasihi.Bagaimanakah jikalau kita yg duduk ditempat Nabi Ibrahim, sanggupkah kita bertindak sepertinya.Tentu ramai yg menjawab sanggup, kerana kita sudah tahu cerita selepasnya Nabi Ismail di tukarkan dgn Kibas.

Tapi realitinya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yg tidak tahu langsung sebagaimana yg kita tahu sekarang,sanggup melakukan penyembelihan tersebut.Apakah yg akan terjadi ketika disembelih,tentu Nabi Ismail akan menggelupur kesakitan dgn darah keluar membuak-buak, semuanya akan terbayang di kepala Nabi Ibrahim.

Bayangan2 negatif yg dtg dari Syaitan diketepikan oleh mereka berdua.Apa nak jadi lepas ni..., jadilah! Wow ! Patutlah mereka mendapat gelaran "Ulul Azmi"

Sikap patuh tanpa banyak soal terhadap perintah Allah inilah yg menaikan darjat mereka mengatasi darjat malaikat.

Kisah melontar Iblis yg akhirnya dijadikan rukun dlm ibadah haji memberi makna yg sangat besar terhadap penolakan kita terhadap Iblis dan sekutunya.

Inilah antara hikmah Hari Raya Korban kpd kita semua.

Sunday, November 22, 2009

Lambaian Makkah


Ramainya org gi Mekah Sekarang.Seluruh dunia berkumpul disitu.Harapnya kita bawa balik haji yg Mabrur, bukan bawa balik gelaran HAJI sahaja.
Ada satu cerita....kita biasa dengar orang akan buat Haji Ifrad atau Haji Tamattu`, tapi sorang pakcik tu bila ditanya dia buat haji apa....,katanya aku buat "haji mabrurrr...!", hai macam2 boleh jadi kalau ilmu tak de.Yg ada hanya duit.Itulah yg akhirnya, mereka dapat haji malborrooo !
Apa tidaknya, kaki2 rokok agak sukar nak dapatkan rokok pada mula mereka tiba, kerana rokok tidak dijual secara terbuka.Tapi aku pelik kaki2 rokok akan dapat mencari BROKER2 rokok dengan cepat walaupun tidak memahami bahasa Broker2 tersebut.Inilah bahana rokok...!, aku takut inilah antara sebab kita dpt Haji Malborroooo.
Perangai orang2 dari Malaysia ni memmang pelik, akan sentiasa berebut walau dimana sahaja mereka berada, berebut naik bas, makanan, naik lif hotel dan macam2 lagi. Cuma satu je yg mereka tak berebut, iaitu duduk saf depan dlm solat di Masjidilharam.Kalau nak cari dimana jemaah Malaysia dlm Masjid senang je...mana lagi, sof2 belakang.
Tu belum kira dlm ibadat.Org2 asia memang tak dpt tandingi kesungguhan dlm buat ibadat dgn org2 dari benua lain.Mereka boleh solat tak henti2, mengaji Quran berterusan, berkampung dlm Masjid. Jauhlah kalau nak bandingkan jemaah dari Malysia ni..., agaknya kita lebih mewah dari mereka. Mungkin sebab itulah kita gi Mekah sebagai Pelancong sahaja.
Menurut pandangan aku mejoriti dari kita pulang dgn tangan kosong saja. Hanya sedikit dari HAJI kita yg diterima oleh Allah.
Ya Allah terimalah ibadah Hajiku ini....Amiiin

Sunday, November 1, 2009

Periksa Brake kereta anda.


Gambar diatas ialah Piring Brake (Disc Brake Rotor) yang telah rosak akibat lambat menukar Brake Pad. Para pengguna dinasihatkan agar selalu memeriksa keadaan Brake mereka supaya menukar dgn segera apabila kulit Brake tersebut sudah nipis. Kalau tunggu sampai tekan Brake je berbunyi, alamat dah habis lah jawabnya.Kekerapan utk memeriksa brake ini disarankan selama satu tahun setengah utk penggunaan biasa.Kalau kuat penggunaanya, maka lebih cepat perlu di periksa.

Thursday, October 29, 2009

CCTV ALLAH

Banyaknya benda yg berlaku sekarang....,Adun PKR keluar partilah,Sidang DUN Perak kecoh lagilah,Media memanaskan Kononya konflik dlm Pas lah,,hai!macam2 berlaku ari ni.Sedar tak sedar Allah perhati kelakuan kita semua.Malaikat tak pernah tertidur dan tertinggal nak tulis apa yg kita buat.Malaikat sedih tengok kita.Syaitan bertepuk tangan kerana ramainya yg akan jadi geng dia dlm neraka kelak.
Usia kita makin dekat dengan point stopnya.Koi nak ajak kawan2 koi dlm Pas, kita jangan berganjak dgn kepimpinana ulama` kita.Walau apa pun yg mereka putuskan dlm syura, kita terima dan kita laksanakan.Jangan peduli apa member2 UMNO kita kata.Ketahuilah kalau kita tak menang di dunia ni, kita pasti akan gembira di syurga nanti. Janji, kita tetap dlm islam yg sebenarnya.Perkuatkan amalan kita, ikhlaskan niat kita, teruskan kerja kita secara sistematik.Janji Allah pasti akan ditunaikan.Berebut jawatan,projek dll kita biarlah Umno saja yg menyuburinya.
Ya Allah....dlm keghairahan dan gemerlapnya dunia ini,engkau janganlah jadikan aku org yg terpedaya dgnya.Jadikanlah aku org yg cukup......,yg kuharapkan adalah redomu sahaja...
Aku sedar cctv mu merakam segalanya, siap gambar warna dan jelas sekali.

Monday, October 26, 2009

Jambatan gantung di Resort Semuji menggamit pengunjung dengan panorama indah.Disini sesuai utk menjalankan aktiviti berkumpulan atau program2 pelajar dll kerana kemudahan yg lengkap dgn bayaran yg berpatutan.Anak sedara koi jadi penyambut tetamu disini.
Terdapat kandang burung unta, rusa dll.


Lambakan Enjin dari Jepun.Tapi harga sekarang melambung tinggi.Tak tau ngape.Mungkin inilah bijaknya BN memerintah.


Kursus Utk Blogger yg diadakan di Pejabat Pas Pahang.Turut menjayakan sessi kali ini ialah Cucu Mat Kilau dari Pahang Daily.



Suasana dalam Bengkel koi di Taman Temerloh Jaya.




Monday, October 19, 2009

PLUG

Tadi sorang pelanggan aku dtg ke Bengkel.Masalahnya besar, iaitu Spark Plug kereta kancilnya patah.Puncanya bila dia cuba nak buka plug tu sendiri.Yalah bertahun Plug tu duk situ tak bukak, memang patahlah.
O.k, aku nak beri idea utk engkorang menurangkan risiko Plug patah. Jangan buka ketika enjin sedang panas, maklumlah besi tengah panas ni mengembang.Tunggu sehingga enjin sejuk.Kemudian buka dgn Spanar yg betul.Kalau tak boleh juga, semburkan sedikit Antirust(WD 40), kemudian cuba sedikit demi sedikit.Kalau tak boleh juga, hai! tanya lagi....,hantarlah ke Bengkel aku, selesai masalah. Tapi kalau aku buka patah juga,itu tandanya ajal patahnya sudah sampai....
Okey....sambung cerita tadi, aku terpaksa men"towing" Kancil tersebut dan memprosesnya diBengkel.Alhamdulillah, boleh juga.Kalau tidak terpaksa "angkat Head", dan selesaikanya diluar kereta.
Sebenarnya punca jadi demikian kerana Plug tersebut Expired Date.Lama sangat gunanya.Yelah dah tak dok problem, guna terus lah...kata tuan kereta.Betul jugak tapi aku ni tutuplah bengkel jawabnya.Acah je gurau sikit...

Sunday, October 11, 2009

Isa menang, MB sedih?

Alhamdulillah, kejap tadi di umumkan Isa Samad menang di PRK Bagan Pinang. Bagi koi inilah antara petanda BN Negeri Sembilan akan bergolak.Yelah, cuba bayangkan MB adalah org bawah Isa dulu....,tapi kini sanggupkah Isa jadi org bawah MB pulak? Koi dapat bayangkan betapa susahnya MB nanti bila Isa dah masuk Dewan.PRU 13 nanti ada can lah nampaknya PR menawan Negeri yg tak sampai sepuluh ini.

Tuesday, September 29, 2009

Hari ahad baru2 ni, koi buat Open House di teratak koi di Temerloh Jaya.Alhamdulillah kehadiran sangat menggalakan.Makanan terpaksa ditambah, nasib baiklah ada family koi menyiapkan makanan segera utk menampung kehadiran yg ramai.
Terimakasihlah kpd semua yg menjayakannya termasuklah YB Syed Hamid.Apapun YB kita ni mendapat respon yg baik dari jiran2 koi esoknya kerana beliau beusaha menenangkan seorang anak jian koi yg tetiba je Histeria.

Koi agak 98 % jemputan koi hadir termasuk muslimat.Harapan koi agar kehadiran anda semua membawa berkat kedalam rmh koi.

Majlis perkahwinan anak Ayahngah di Felda Purun. Semoga mereka mendapat rahmat dalam melayari hidup rumahtangga ni.

Thursday, September 24, 2009

Raya jangan tak raya.

Tahun ni koi ngabihkan masa dekat seminggu beraya sakan.
Raya pertama.Di Klau solat Aidilfitri, pastu mesyuarat keluarga, pastu melayan org dtr rumah, pastu gi Mempaga, pastu gi Ulu Gali, pastu gi rumah Ilah pekena laksa penang,pastu tidur.
Raya kedua.Gi Kubur, pastu melayan org dtg, pastu gi Bentong rumah Tan Ali, pastu balik Temerloh.
Raya ketiga, Balik Pekan, terus je gi rmh Kak Tipah, pastu tunggu Abg Zubir nok balik Penang, pastu gi rmh Mak Kecik, pastu gi rmh Mak Teh Abg Said, pastu balik Tg medang.
Raya keempat.Gi Pasir Panjang ngan kak Ji.
Raya kelima.Gi rmh Lokman di Sg Isap, pastu gi rmh Kak Dah di Jaya Gading pastu balik Temerloh.
Raya keenam.Gi Bengkel, pastu kerjalah!

Gambar terbaru anak2ku...Ina,Abg Ngah,Kak Long,Ammar,Syamil dan Aisyah.Di pagi Syawal.
Bersama Farah deeba(sepupu) di Bandar Pekan di Hari raya.
Beraya bersama Mak Teh Teh di Tanjung Medang, Pekan.



Kak Long macam budak kecik main bunga api di Raub.


Mesyuarat bulanan keluarga dibuat pagi syawal di Klau, Raub.Mok su, Sinim,Cik Ghu dan Aslah.




Mesyuarat keluargalah..... apa lagi ! utk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Pesta membeli belah di The Store menjelang raya....,Fuh ngape la bersungguh sangat ngabihkan duit !






Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini.Segala kesalahan dan kekurangan blog dan tuan blog ini harap mandapat kemaafan dari semua.

Sunday, September 13, 2009

BALIK KAMPUNG ? kereta o.k ke?

Gone agaknya persiapan utk balik Kg.Keta tu mestilah di cek semua sekali.Kalu tak reti, suruhlah DR keta anda cek.Jangan terus je balik kg, takut nanti terus je rosak.
Walaupun keta kita baru, tapi jangan sangka tak dok masalah.Yg penting periksa dulu kesyumulanya baru lah hati aman nok balik kg.
Antara perkara yg penting utk di periksa ialah
1) Minyak hitam
2) Air
3) Minyak gear,minyak Brake,minyak power steering,minyak Clutch dan minyak cap kapak kena ada dlm dashboard.
4) Tayar jgn botak.
5) Brake dlm keadaan baik.
6) Timing Belt, tali kipas.
7) Lampu, wiper berfungsi.
8) Apa-apalah.

Yg penting suruh pomen anda "test drive"kereta anda utk memastikan tahap kecergasan kereta anda secara keseluruhan. Jangan TAWAKKAL tak tentu pasal...,bengkel keta banyak yg tutup time raya gini...
Lepas periksa semua, mulakan perjalanan anda dgn Bismillah dan doa naik kenderaan.
Selamat berpuasa dan menyambut Aidilfitri.

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan

Bulan pose ni sibuk tu sibuk la juge,lapo lagi,tak de mood lagi.....
Semalam koi pegi spital nengok rodong sakit.Ustaz Nasharudin bekas imam masjid Temerloh yg terlantar akibat darah tinggi.Katil depan duduk Hj Majid, darah rendah pulak.Katil sebelah duduk bekas polis pencen mentakab, sakit yg sama.Katil belakang duduk member arwah Abg Yusuf pencen Felda yg sakit buah pinggang pulak.Fuh macam2 adaaaa...!
Malam tadi kat spital ni, Imam masjid Chenor meninggal dunia kerana kurang darah.Umur baru 38.Sorang demi sorang sakit dan tiba gilirian gi jumpa Allah.
Bila gamoknya giliran koi...
Tau tau orang kata...eh, syam pomen tu meninggal dah rupanya.Koi juga yg tanggung susah payohnya mati...org lain macam tak perasan jee..!
Harapnya bulan pose ni Allah ampunkan dosa koi yg bertimbun ni.
Nak update blog tak mampu rasanya.
Mana tarawihnya..., mana tadarusnya.., mana apa apalah..
Dikesempatan ini, koi mohon ampun dari korang semua atas banyaknya dosa koi pada korang yg kadang2 tak koi sedar.
Semuga madrasah Ramadhan ini menghasilkan produk yg bermutu selepas ini.

Monday, August 24, 2009

PRK PERMTG PASIR


Wahai Tuhan yg menguasai bumi dan langit, aku memohon kpdmu agar satukan hati2 kami dlm perjuangan ini.Ya Allah, jadikanlah Pas ini jamaah pilihanmu, dan tetapkanlah kami bersama jamaah ini. Jadikanlah mereka yg memimpin kami org yg ikhlas berjuang, dan singkirkanlah mereka yg boleh merosakan jamaah ini.
Ya Allah....,hari ini merupakan hari penentu dlm PRK Permtg Pasir ini, tetapkan hati pengundi2 agar mereka memilih jalanmu yg lurus, walau apapun imbuhan yg dtg kpd mereka.
Wahai Tuhan yg gagah perkasa...,gagalkanlah usaha BN utk menawan Permtg Pasir ini, dan berilah kesedaran kpd org ramai akan kefasikan BN, serta jadikanlah bumi ini amnya tempat yg engkau berkati dan rahmatilah kami semua.

Wednesday, August 19, 2009

Syaitan bertepuk tangan

Akhbar ari ni menyiarkan pendapat dari 2 tokoh agama tersohor negara iaitu TG Nik Aziz dan Harussani.2 pendapat yg jauh berbeza.TG Nik Aziz berdasarkan ilmu agama, sementara Harussani berdasarkan gaji yg diterima. Memang lain la...
Aku nak tanya, Harussani kata tak ada nas ahli Pas masuk syurga...
ada ke nas ahli Umno masuk syurga..?
Lebih baik dia kata tak ada nas ahli Pas dan Umno masuk Syurga..!
Ni lah akibatnya bila ulama` termakan sedikit kelebihan dunia...
TG Nik Aziz berjuang dan bercakap berdasarkan keyakinan ilmunya..,
Harussani bercakap berdasarkan ampu kepada ......
Aku berdoa semoga Harussani bertaubat dan kembali kepada keikhlasan ilmu agama yg dimilikinya.Aku tak heran bila org jahil tersalah cakap...,
Tapi aku yakin syaitan bertepuk tangan dgn kuat bila ulama` yg sengaja cakap salah..!

Thursday, August 13, 2009

Standrard BN

Siasat Ong Tee Keat
1. Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak dan menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pada kadar segera dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Tiong King Sing , bahawa syarikatnya telah memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA , Datuk Ong Tee Kiat , untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lepas.
2. Dakwaan Ketua Pegawai Syarikat Kuala Dimensi yang sedang disiasat atas tuduhan salah laku dalam projek Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ) , Tiong King Sing mengaku bahawa dia telah mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat.
3. Derma itu diserahkan beliau melalui Bahagian MCA tahun lepas.
4. "Saya bagi dia duit cash kerana dia mahu cepat " kata Tiong King Sing kepada sebuah laman web hari ini.
5. Isu PKFZ dianggap punca penolakan secara langsung orang Cina terhadap MCA . Sebaik sahaja menjadi Presiden MCA & Menteri Pengangkutan , Ong Tee Kiat berusaha untuk menyelesaikan isu ini.
6. PKFZ telah mendedahkan , siasatan sedang dibuat terhadap Kuala Dimensi ekoran beberapa tuntutan yang tidak munasabah yang melibatkan wang sehingga RM1 bilion . Tiong King Sing marah apabila Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan PKFZ tidak pernah memanggil mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat laporan termasuk salahlaku wang yang bernilai antara RM500 juta ke RM1 bilion.
7. Tiong King Sing yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN di Dewan Rakyat mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu. Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
8. Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata, Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut, sebagaimana dilapor dala sebuah laman web.
9. Jika tiada sebarang tindakan atau usaha menyiasat oleh pihak SPRM atau mana - mana pihak berkuasa seperti polis , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu laporan polis berkait isu ini . Rakyat ingin tahu kesudahan sandiwara baru pemimpin BN ini .
10. Malang Malaysia ku , kalau melibatkan wang hanya RM 2500.00 pasti sudah lama ia disiasat atau kalau tidak pun esok akan ditemui mati terbunuh . Tapi oleh kerana melibatkan RM 10 juta , entah siapa yang mahu bertindak . Pelikkan ? salaaam satu Malaysia ! Apa khabar BN ?

Wednesday, August 5, 2009

Jaga Gen 2

Adakah anda pemilik Gen 2?..
Gen 2 dan semua jenis kereta yg gunakan enjin "CAMPRO"...,aku nok citer sikit.
Model ni kena jaga sungguh enjin dia.Jangan sampai OVERHEATING atau TIMING BELT putus!.Kalau jadi jugak,alamtnya kena tukar HEAD sebijik.Tak dak potong2 head ke,repair ke,apa ke..!macam kete lain tu..!
Selalunya repair tok sudah,kena tukar jugak.Ongkosnya Rm 3,000 keatas!
Oleh itu...,jagalah Gen 2 ,Proton Saga baru,Waja baru dan yg seangkatan dgnya dgn betui2.
Kalau tidak rambut akan gugur selai2.

Monday, August 3, 2009

ISA...Undang2 Zalim

Lama betui dok update blog ni...
1 ogos...,perhimpunan mansuhkan ISA di K.L
Aku gi ngan member2 pagi tu.Road-block biasalah tu, gunanya utk lambatkan trafic dan gagalkan himpunan tersebut. Kecanggihan LRT aku gunakan utk segera sampai kesana walaupun ptgnya stesen di Masjid Jamek di tutup.
Sesampai di pintu masjid Jamek,kami ditahan dan diperiksa oleh polis dan kami dikerumuni wartawan.Agaknya kami antara yg terawal ditahan.Tak sampai satu jam berikutnya, member2 di Temerloh talifon menanyakan khabar kami yg gambar terpampang di internet dgn tajuk "POLIS TAHAN".Biasalah tu polis tahan.
Pengalaman yg ntah berapa kali disembur dgn water canon dan gas pemedih mata tak patahkan semangat kami menyuarakan bantahan terhadap undang2 zalim ISA ini.
Malas betui nok naip ni....
Moga Allah jadikan bantahan ISA ku ini sebagai amal ibadah.Amiiiiin.
Zzzzzzzzzz