Tadi sorang pelanggan aku dtg ke Bengkel.Masalahnya besar, iaitu Spark Plug kereta kancilnya patah.Puncanya bila dia cuba nak buka plug tu sendiri.Yalah bertahun Plug tu duk situ tak bukak, memang patahlah.
O.k, aku nak beri idea utk engkorang menurangkan risiko Plug patah. Jangan buka ketika enjin sedang panas, maklumlah besi tengah panas ni mengembang.Tunggu sehingga enjin sejuk.Kemudian buka dgn Spanar yg betul.Kalau tak boleh juga, semburkan sedikit Antirust(WD 40), kemudian cuba sedikit demi sedikit.Kalau tak boleh juga, hai! tanya lagi....,hantarlah ke Bengkel aku, selesai masalah. Tapi kalau aku buka patah juga,itu tandanya ajal patahnya sudah sampai....
Okey....sambung cerita tadi, aku terpaksa men"towing" Kancil tersebut dan memprosesnya diBengkel.Alhamdulillah, boleh juga.Kalau tidak terpaksa "angkat Head", dan selesaikanya diluar kereta.
Sebenarnya punca jadi demikian kerana Plug tersebut Expired Date.Lama sangat gunanya.Yelah dah tak dok problem, guna terus lah...kata tuan kereta.Betul jugak tapi aku ni tutuplah bengkel jawabnya.Acah je gurau sikit...
No comments:
Post a Comment