Wednesday, December 8, 2010

Polis cepat dan betul ?

Tadi adik aku accident di Lanchang.Honda Accordnya bertembung dgn Mitsubishi Triton.Aku bergegas ke Lanchang dari Temerloh.Ketika sampai di jalan Sg Kepong, aku di potong oleh Waja Polis yg menyalakan Double signalnya.Kereta peronda polis itu di pandu laju dan memotong tak kira double lain dll.
Aku menjangkakan tentu ada emergency kes yg perlu disegerakan.
Sesampainya aku di Bandar Lanchang tempat adik aku accident tu, rupanya polis yg laju tadi berada disitu sedang ambil gambar dan ukur tempat kejadian accident tu.Laaa aku ingat laju tadi nak kemana...
Sebenarnya adik aku belum lagi buat repot polis, tapi polis dah sampai dgn cepat.Fikir2, aku agak mesti geng truk penunda yg ada kat situ dah hello kat abg polis tu.Patutlah cepat sampai.
Aku bertanya kat polis tu nak buat repot kat Mentakab ke, dia angguk sikit je,langsung tak pandang muka aku sambil terus buat kerjanya sampai siap.Dah selesai terus cau gitu je...
Senangnya kerja polis.Balik begitu je..Aku rasa semuanya diserahkan pada geng truk penunda tadi.Sedangkan mangsa kemalangan tak tau langsung apa hak mereka jika berada dlm situasi seperti itu.Aku yg sampai bersama truk penunda sendiri dipersoalkan kerana masuk campur tanpa mereka mengetahui mangsa adalah adik aku sendiri.Setelah mereka menyedari, barulah ada slow talk utk menyelesaikan masalah tersebut.Polis entah kemana dah...
Perkara sebegini menguatkan lagi tanggapan umum adanya komisyen yg dijanjikan kpd pihak polis oleh geng truk tunda sehingga mereka lepas tangan begitu sahaja..hai, entahlah.

Satu lagi yg kena batang hidung aku sendiri bab polis ni...hari itu traffic light di simpang songsang jem sangat teruk terutama arah ke jalan Jerantut.Setelah sampai disitu selepas beratur panjang,rupa2 nya ada lori treler panjang rosak betul2 didepan traffic light tersebut.Patutlah jem sangat.Aku pun terus menghubungi Balai Polis Temerloh utk memaklumkan perkara tersebut.Tergamam aku apabila diherdik dgn kata2 kesat...antaranya "awak nak suruh polis tarik lori tu ?...biarlah dia rosak..biasalah tu..jem.."
Aku tak sangka langsung akan dihamburkan kata2 tersebut.Apa yg aku harapkan ialah adanya polis yg mengawal traffic light tersebut sehingga selesainya masalah jem yg teruk tadi..
Aku pulak lupa nak tanya siapa nama anggota yg bersikap buruk tu..
Inilah antara beberapa kerat kisah polis yg sebenarnya akan mengikis sikap hormat masyarakat kpd pihak polis.

Tuesday, November 23, 2010

Kaedah penentuan Idul Adha

Kaedah penentuan Idul Adha yang diamalkan di Malaysia adalah dengan menggunakan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah (kebolehnampakan) sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian kecil masyarakat Islam yang tidak mengikut penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) tersebut, malah mempertikaikan kesahihannya. Kekeliruan ini berlaku kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji, sedangkan ia bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Majlis Raja-Raja. Antara sandaran mereka adalah hadis “Al-Hajj Arafah” yang telah disalahtafsir oleh mereka khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah.
Mereka berpendapat puasa sunat itu hendaklah bersamaan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.


Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.

ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.

iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.

Penjelasan Hadis “Al-Hajj Arafah”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
“Ibadat Haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah”.

i. Sanad dan matan hadis
Maksudnya;
…Dari Abdul Rahman bin Ya’mur berkata bahawasanya ada seorang lelaki daripada ahli Najd berjumpa Rasulullah s.a.w. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah. Maka lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru untuk menyeru “Al-Hajj Arafah!”. Ertinya; “Ibadat haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah…”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun yang terpenting dalam ibadat haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
Dari Abdul Rahman bin Ya’mar al-Diliy berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Arafah maka satu kumpulan dari ahli Najd mengarahkan seorang lelaki bertanya persoalan ibadat haji kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menjawab; “al-Hajj Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud)

ii. Maksud hadis
Al-Syeikh ‘Izzuddin Abd al-Salam berkata “al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji itu dapat sempurna (sah) dengan wukuf di Arafah”.

Al-Syaukani berkata “Al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji yang sah adalah jemaah haji yang dapat wukuf di Arafah”.

iii. Fiqh al-Hadis
Seorang tokoh ulama’ al-Syafi’iyyah iaitu Imam Abu Ishak al-Syirazi berkata:
Maksudnya;
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun daripada rukun-rukun ibadat haji, sebagaimana riwayat Abdul Rahman al-Diliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ibadat haji itu sah dengan wukuf di Arafah, maka sesiapa yang dapat berwukuf di Arafah sebelum terbit fajar pada Hari Wukuf, sesungguhnya dia telah dapat menyempurnakan ibadat haji”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menjelaskan dalam kitabnya
Maksudnya;
Rukun ibadat haji yang kedua ialah wukuf di Arafah iaitu menghadirkan diri di bumi Arafah, di mana-mana jua daripada kedudukan Arafah walaupun seketika, sekalipun dia tidur atau lalu di bumi Arafah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Al-Hajj Arafah”.

Al-Imam al-‘Allamah Taqiyyuddin Abi Bakar bin Muhamad al-Husaini mengulas lebih lanjut berhubung “Al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Rukun yang terpenting daripada rukun-rukun ibadat haji itu ialah wukuf di Arafah sebagaimana kamu kata yang terpenting di dalam rakaat itu adalah ruku’”.

Oleh yang demikian, hadis “Al-Hajj Arafah” menerangkan:
1) Bahawa wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji.
2) Hadis di atas tiada kaitan dengan penentuan Idul Adha kerana para ulama’ al-Syafi’iyyah tidak menghubungkan hadis di atas dengan penentuan tarikh Idul Adha.

Sebenarnya hadis di atas merupakan salah satu dalil dan hujah yang menolak penentuan Idul Adha disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi. Hadis tersebut tidak menunjukkan sebarang isyarat bahawa Idul Adha itu tertakluk dengan wukuf di Arafah terutamanya negara-negara yang tidak sama terbit matahari dengan negara Arab Saudi.

Dalil Dan Hujah Yang Menolak Penentuan Idul Adha Disambut Mengikut Idul
Adha Di Negara Arab Saudi (Sehari Selepas Hari Wukuf Di Arafah)

i. Hadis dari Ummi Salamah:
Maksudnya;
Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya”. (Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Idul Adha itu khususnya bagi penduduk luar daripada negara Arab Saudi dan negara yang tidak sama terbit matahari seperti Malaysia adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah. Adapun penentuan Idul Adha bagi negara Arab Saudi adalah dengan rukyah anak bulan bagi menentukan tarikh wukuf di Arafah.

Malahan hadis di atas juga memberikan panduan agar ketetapan 1 Zulhijjah atau 2 Zulhijjah atau 9 Zulhijjah (Hari Wukuf) adalah berdasarkan rukyah. Begitu juga 10 Zulhijjah (Idul Adha).

ii. Hadis dari Abi Hurairah r.a.
Maksudnya;
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kamu berpuasa (bulan Ramadhan) dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri) adalah hari di mana kamu berhari raya dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”. (Riwayat Imam al-Tirmizi)

Merujuk kepada petikan sabda Rasulullah s.a.w. "
" yang bermaksud “dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”, Rasulullah s.a.w. menetapkan agar ibadat korban itu dilaksanakan pada Hari Raya Korban (Idul Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).

Hadis di atas menunjukkan bahawa ibadat korban tiada kaitan dengan penentuan ibadat haji yang dilaksanakan di Arab Saudi (sehari selepas wukuf di Arafah). Ia sunat muakkad bagi orang yang mengerjakan haji dan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, Idul Adha (Hari Raya Korban) mestilah berdasarkan penentuan awal bulan Zulhijjah iaitu dengan rukyah anak bulan Zulhijjah sebagaimana yang diamalkan oleh negara anggota MABIMS iaitu negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bersepakat menggunakan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kriteria Imkanur- Rukyah (kebolehnampakan).

iii. Hujah Mazhab al-Syafi’i
Rukyah (melihat anak bulan) mestilah tertakluk kepada matla’ yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan. Mazhab Syafi’i merujuk kepada dalil sunnah, qias dan logik iaitu:

a- Sunnah
Maksudnya;
Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, “Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan”. Katanya, “Bilakah kamu
melihat anak bulan?”. Aku menjawab, “Kami melihat pada malam Jumaat!”. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?”. Aku menjawab, “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa”. Ibnu Abbas berkata, “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal”. Aku bertanya, “Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?”.
Ibnu Abbas menjawab, “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami”. (Riwayat Imam Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk Syam dan tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rukyah yang berlaku di negeri lain (berlainan matla’).

Hadis Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya;
Daripada Ibni Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Satu bulan mengandungi 29 hari, oleh itu jangan kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) hingga kamu melihat anak bulan (Ramadhan) dan jangan kamu berbuka (berhari raya) hingga kamu melihat anak bulan (Syawal).
Jika terlindung hilal daripada pandangan kamu, sempurnakan bilangan anak bulan itu (30) hari”.
(Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)

Hadis ini menunjukkan bahawa wajib puasa tertakluk kepada rukyah (melihat anak bulan), sungguhpun begitu tidaklah dikehendaki setiap orang melihat anak bulan. Jika mendung berlaku pada malam itu, sempurnakanlah bilangan bulan 30 hari (atau dengan perisytiharan dari
pemerintah).

b- Qias
Ulama’ Mazhab Syafi’i mengqiaskan perbezaan terbit bulan dengan perbezaan terbit matahari yang membawa kepada berlaku perbezaan waktu solat.

c- Hukum akal
Syarak telah mengaitkan wajibnya berpuasa dengan timbulnya bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-negeri yang membawa kepada perbezaan mula berpuasa di negeri-negeri yang berlainan.

iv. Penggunaan Istilah
Istilah “Idul Adha” amat masyhur digunakan dalam hadis-hadis dan kitab-kitab feqah. Masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya menggunakan istilah “Hari Raya Korban” yang sememangnya bertepatan dengan istilah Idul Adha. Akan tetapi tidak ada kitab hadis dan feqah yang menggunakan istilah “Idul Hajj” yang juga disebut oleh sesetengah masyarakat Islam sebagai “Hari Raya Haji”. Ini adalah satu kesilapan. Sebenarnya istilah yang wujud hanyalah “Idul Adha” yang
dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia sama ada yang mengerjakan haji atau tidak.

Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah

Sanad dan matan hadis
i. Matan hadis yang dibahaskan:
Maksudnya;
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.
(Riwayat Imam Muslim)

ii. Makna potongan hadis:
Al-Syeikh Sulaiman al-Bajairami menjelaskan;
Maksudnya;
“Yang dikehendaki dengan makna tahun sebelum hari Arafah ialah tahun yang sempurna (cukup 12 bulan) hingga sampai bulan Zulhijjah”.

iii. Fiqh al-Hadis:
Berdasarkan hujah riwayat Imam Muslim, Imam al-Nawawi sebagai mujtahid mazhab al-Syafi’i mensabitkan bahawa berpuasa pada hari Arafah itu adalah sunat. Dengan sebab itulah Imam al-Nawawi meletakkan puasa pada hari Arafah di dalam “Bab Puasa Sunat”.

iv. Pelaksanaan Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah

a- Siapakah yang disunatkan berpuasa hari Arafah dan bilakah waktunya?

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah;
Maksudnya;
“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim (Puasa pada hari Arafah dihitung di sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas)”.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan
lagi;
Maksudnya;
“Adapun bagi orang yang mengerjakan ibadat haji maka tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah bahkan disunatkan bagi dirinya berbuka puasa sekalipun dia berkemampuan untuk berpuasa. Ini kerana mengikut amalan baginda Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis riwayat
Imam al-Bukhari dan Muslim. Dan hendaklah orang yang mengerjakan ibadat haji banyak berdoa. Maka berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu adalah menyalahi yang terlebih utama”.

Al-Syeikh Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli menambah;
Maksudnya;
“Dan pendapat fuqaha’ yang lemah bahawa makruh bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu berpuasa pada hari Arafah. Ini kerana hadis riwayat Abi Daud bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji di Arafah.
Ahli hadis menganggap hadis ini adalah daif kerana terdapat majhul pada sanadnya (perawi yang tidak dikenali)”.

b- Bagaimana pelaksanaan puasa sekiranya berlaku syak berhubung tarikh 9 Zulhijjah?
Syeikh Syihabuddin dalam kitab Hasyiatan menyatakan;
Maksudnya;
“(Dan hari Arafah) dan sekiranya berlaku syak berkenaan hilal Zulhijjah maka tiada haram dan tiada makruh berpuasa pada hari Arafah sebagaimana berpuasa pada hari yang ke-30 Ramadhan setelah syak pada kedudukan hilal awal Ramadhan”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menambah;
Maksudnya;
“Dan lebih cermat lagi berhati-hati, berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah”.

Al-‘Allamah Abi Bakar Usman bin Muhammad Syata al-Dumyati mengulas;
Maksudnya;
“Kerana bahawasanya (berpuasa pada hari yang ke-8 Zulhijjah itu) kadang-kadang jatuh pada 9 Zulhijjah”.

c- Adakah puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) mengikut negara Arab Saudi ataupun mengikut matla’ negara masing-masing?

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;
Maksudnya;
“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Idul Adha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.

Kesimpulan
Fahaman yang menyatakan “Idul Adha” disambut berdasarkan ketentuan Hari Wukuf di Arafah (sama dengan Arab Saudi) bagi negara yang tidak sama matla’ dengan Arab Saudi adalah tertolak dan tidak boleh diterima.
Ini kerana Hari Wukuf di Arafah dan “Idul Adha” adalah tertakluk kepada penentuan awal Zulhijjah menurut hisab penentuan awal bulan hijriah, ia mengambil kira cara anak bulan dilihat (Imkanur-rukyah) iaitu:
“Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
a) Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada 2º dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3º,
ATAU
b) Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijimak berlaku”.

(Dipetik dari Blog UYE)

Sunday, November 21, 2010

Thursday, October 14, 2010

Fathul Bari bukan ulama`

Membaca komen Fathul Bari Mat Jahya yg disiarkan Malaysiakini bertajuk "Salah tetap angka doa"berkisar mengenai Misi doa Royalti Kelantan ke Mekah.
Aku tengok hujahnya macam ilmiah...tapi akhirnya membuat kesimpulan bahawa lebih baik duit yg akan dihabiskan utk misi tersebut lebih baik digunakan utk perkara lain.
Aku tak dengar pulak komen dia ni apabila kerajaan menghabiskan berbilion ringgit utk F1 contohnya,berjuta ringgit utk pertandingan kapal layar dan lain2 yg tak tersebut banyaknya.
Aku tak dengar pulak komen dia ni tentang misi mungkar seperti konsert Adam Lambert dan artis barat yg confirm bercanggah dgn islam.
Rupa2nya inilah rupa ulama` yg berada dalam UMNO.

Sunday, October 10, 2010

Bahasa Melayu

Aku jarang tengok TV ni...,tapi hari ni sempat pulak tengok BuletinUtama TV3.Tadi ada persidangan MCA.Aku tengok PM berucap dalam bahasa Inggeris.Aku bayangkan mesti bahasa utama Persidangan MCA ni dalam bahasa inggeris...
Rupanya tidak,tiba giliran Presidennya iaitu Dr Chua Soi Lek berucap,beliau berucap dlam bahasa melayu !
Hai apa aku nak cakap tak tahulah,Orang Melayu cakap Inggeris,Orang Cina cakap Melayu!

Tuesday, September 21, 2010

Asobiyah dlm Khutbah Raya

Aidilfitri baru2 ni dicemari oleh khutbah solat hari raya yg terang2 berkempen utk kepentingan melayu.Khatib mengajak Melayu supaya bersatu.Pada hari Raya ini juga jemaah disaran agar memakai baju Melayu utk menggambarkan jati diri bangsa.Aku tersentak dgn saranan yg demikian.Apa cerita kalau ada bangsa lain yg dengar khutbah yg sedemikian rupa ?
Sudah tentu mereka rasa terasing dari kelompok Melayu kerana mereka bukan bangsa Melayu walaupun mereka beragama islam.
Inilah padah apabila mereka yg menyediakan teks khutbah tidak peka dgn persoalan islam yg sebenar.Tok Khatib pula membaca sahaja apa yg disuakan kpd mereka.Ini berlaku di sebuah Masjid di daerah Pekan.Aku tak tahu di Masjid2 yg lain.Dapat pahalakah kita dgn Solat Aidilfitri yg dicemari dgn unsur2 Asobiyah tersebut ?

Friday, August 20, 2010

INILAH PIMPINAN PAS

Ptg semalam sorang sahabat dari Trengganu mengalami kerosakan pada kereta beliau di Lebuhraya berhampiran Temerloh.Ketua Pemuda Pas Trengganu yg baru dilantik ini merupakan ADUN Bukit Payung memang sorang yg aktif menjalankan kerja2 dakwah di seluruh negara.Patut la kereta beliau tak henti jalan.Oleh kerana tuanya kerja keras,keretanya pun terpaksa kerja lebih masa.Bayangkan jam 4 pagi hari tu baru tiba kerumah dari KL, jam 2 ptg turun kembali ke KL utk seminggu.Malangnya kereta sangkut pulak kat Temerloh.Mujurlah ada bakal KP Pahang di Temerloh.
Kereta yg bermasalah tu di Towing ke Bengkel akibat "Overheating".Setelah di bongkar hasilnya perlu diganti dgn enjin lain...inilah harga yg terpaksa dibayar oleh seorang pejuang.
Koi tengok jadual harianya begitu padat sehingga rasanya tak cukup 24 jam sehari.
Koi tengok hampir semua pimpinan gitulah gayanya...seperti Ustaz Tuan Ibrahim yg kilometer Camry nya 10 ribu sebulan, Ustaz Din Tantawi yg keretanya mengeluh sokmo penat berjalan...
Semuga Allah menggantikan kerja keras pimpinana kita ni dgn anugerah keredoanya, dan semuga di Istiqamah kan pegangan kita dgn kebenaran...amin

Monday, July 26, 2010

MASJID TEMERLOH JAYA

Apa nak jadi dengan manusia sekarang.Masjid menjadi rebutan oleh mereka yg terlalu nak jawatan,sedangkan mereka tak layak langsung.Masjid berharga jutaan ringgit ni memang sudah lama ditunggu oleh warga TJ.Namun sekarang baru jadi kenyataan.
Mengikut law yg ada memang pengurusan Masjid baru ini hendaklah diteruskan oleh pengurusan dari Masjid lama.Malangnya geng2 Umno nak sangat handle Masjid baru ni.Agaknya mereka meluat dgn program2 yg sedia da di Masjid Lama yg akan diteruskan di Masjid baru ini jika AJK masjid lama di pindahkan ke Masjid baru ini.Itulah sebabnya mereka dari awal lagi cuba mengUMNOkan Masjid bari ini dengan warna kubah dan Carpet yg biru...!
Aku tak kisah sangat dgn warna ni...,tapi mengapa mereka terlalu pantang dengan HIJAU ! sedangkan hijau adalah warna sunnah Nabi.Bermakna dari awal lagi mereka memaang tak suka dgn sunnah Nabi.
Aku dengar nama yg mereka cadangkan antaranya adalah mereka yg bukan kaki Masjid.Dan antara nama yg cadangkan sebagai Pengerusi Masjid ialah individu yg setiap kali ada kenduri kawin rumah dia...,mesti ada karaoke sampai kepagi.Astagfirullah...!
Setelah UMNO menghancurkan negara...sekarang mereka cuba nak hancurkan pulak Rumah2 Allah.Aku harap dan doakan mereka yg masih lagi dlm UMNO...agar kembali kepada agama yg lurus.

Tuesday, July 6, 2010

HIDUP MELAYU

Semalam aku singgah mengete di Kg Tebal.Ada beberapa org tua sedang rancak bersembang.Rupanya tajuknya MELAYU.Maka banyaklah bende yg disembangkan.Tiba2 si penebar roti bersuara "Aku ni org melayu...,ngape aok selalu gi minum kedai india"
Eh ! aku rasa tekejut juge,ngapa ada org masuk kedai India utk minum.
Rupa2 nye kedai India yg dimaksudkan ialah "Old Town"
Ni lah bahananya kalau sifat perkauman tebal setebal Kg Tebal...
Rupenya agama bukan perhitungan,tapi Melayu dok diatas mengatasi agama.Aku agak org tu org Umno.Nak beza Melayu ngan Islam pun tak reti.
Kalaulah Melayu tu tinggi nilainya dari bangsa India...,zalimnya Allah melahirkan sesorg tu dalam keluarga india.Tapi bangsa tak ada nilai sedikit pun tanpa Taqwa walaupun kita berbangsa Arab seperti Nabi.

Saturday, June 26, 2010

Selamat Berkaraoke di Masjid.

Masjid adalah satu tempat yg mesti dipelihara.Rasulullah menggunakan masjid utk melakukan pelbagai aktiviti.Daripada tempat solat dan ibadat, mesyuarat hinggalah mengatur strategi peperangan dilakukan dlm masjid.
Tapiiiii...,koi tak pernah jumpa masjid dijadikan tempat mengadakan kenduri kahwin yg memasang lagu2 yg memekakan telinga seolah2 itu bukan masjid.Dikiri dan kanan tempat mereka berpesta tu adalah tempat mandi Jenazah dan kelas Fardu Ain.Mana perginya AJK Masjid tersebut!.Yg koi nampak merekalah antara yg sibuk menjaga PA System milik Masjid tersebut.Apabila koi tanya tak ada ke lagu2 nasyid...,mrk jawab ini saja yg diberi oleh tuan rumah kenduri.
Kalau perkara seperti ini masih berulang utk masa akan dtg...koi tak tahulah apa nak cakap.Yg tentu BALA dtg akan kena semua!




DI MAJLIS PERKAHWINAN RI ANAK ABG ISA

Kak mi, anak kak long, kak gee, isteri & anak koi, kak lah dan abg biah.(abg ?)

Tuesday, June 8, 2010

Bersuluk

Aku terjumpa kawan aku baru2 ni...
dia kata dia tengah bersiap utk BERSULUK.
Aku pun tengok surau tempat dia nak bersuluk tu..
siap ngan kapet dan kipas lagi.
40 hari katanya...
dengar citer...Tak boleh kena cahaya matahari...
dengar citer....tak boleh makan daging....
anggota yg dtg mungkin dlm 60 org...
Aku pun terfikir...Wah bestnya camni...
tak payah gi solat Jumaat...
tak yah gi berdakwah...
Masa Yahudi tengah sembelih umat islam Palestin..,
engkorang sedang berzikir hampirkan diri pada Allah....
Masa Apco menyelinap masuk kedlm sistem keselamatan negara kita...
engkorang solat sunat tak henti2...
masa anak haram dibuang merata2....
engkorang mengkonfirmkan diri sebagai ahli syurga.

"Patutlah Nabi kata 72 golongan akan masuk neraka..."

Tuesday, June 1, 2010

YAHUDI CELAKA KE NERAKA

Allahumma `alaika Israel
Ya Allah...aku serahkan urusan Israel keatas mu.
Ya Allah..Inilah kaum yg engkau laknat dari dulu hingga kini.
Tiada perbincangan bersama mereka melainkan perbincangan senjata.
Malangnya Ya Allah....negara2 umat islam seluruh dunia sangat bacul utk berhadapan dgn mereka.
Masalah yg menimpa Palestin berterusan tiada noktah.
Kita begitu gembira menanti berlangsungnya bolasepak dan gembiranya kita hingga sanggup bertaruh judi....
Tidak salah tu kerana ada LESEN....
Dlm waktu kita sedang sedap berjudi....ada orang sedang kena sembelih dgn Yahudi...
Dulu...kini....dan selama2 nya kena sembelih....
Bangganya kita beli barang2 buatan Yahudi utk beri keuntungan keatas mereka supaya mereka dapat beli peluru buat membunuh umat Islam.
Bangganya kita kepit celah jari rokok syarikat Yahudi...
Bangganya kita dengar cerita Umat Islam di bunuh dan dihumban kepenjara Yahudi...
sebenarnya kita tak punya masa nak fikir benda yg jauh2 dari kita...
Kerja kita tak abis2...,part time ,overtime,,,full time...
MEMANG PATUTLAH GOLONGAN YG MASUK SYURGA SIKIT...
GOLONGAN YG KE NERAKA BERSAMA YAHUDI PUNYALAH BANYAOOOK

Friday, May 21, 2010

LESEN JUDI UTK ORG MALAYSIA

Semua org tahu Malaysia telah luluskan lesen judi bolasepak...
Apakah hukumnya wahai Harussani...?
Apakah hukumnya wahai orang Umno..?
Dapat pahalakah org yg undi Umno....
atau dapat dosa...?

Aku harap org yg sokong Umno lepas ni tak perlulah bersusah2 pegi masjid surau...
cukuplah dgn pahala yg engkorang dapat dgn lesen judi ni...

Monday, May 10, 2010

Kereta tiba2 mati?


Kalau kereta anda tiba2 je buat hal tengah jalan...,gone?, kalau tepi jalan o.k la juga....
Mula2 nok cek apa..?
1. Pastikan minyak petrol ada ke dok.Tengok meter minyak.
Kalau tak ada minyak, beli la....
2. Pastikan meter panas ( temperature) berada dlm keadaan normal.
Kalau meter tunjukan sangat panas....,tunggu sekurang2nya 2 jam utk membuka penutup
tangki air.Selepas kurang panas,barulah buka dan cuba penuhkan air tangki tersebut dan
tengok ada ke bocor mana2 tempat.
3. Kalau yg diatas o.k, cuba start dan dengar bunyi enjin , kalau ringan je...,takut Timing Belt
dah putus.
4. Kalau o.k, cuba cek api pada wayar plug.
Zzzzzzzzzzzzzz

Sunday, April 11, 2010

Basuh Enjin Kereta ?


Enjin kereta kalau tak basuh memang menyakitkan mata.Tapi kalau basuh kadang2 menyakitkan hati pulak.Apa tidaknya....semputlah, matilah dan macam2 ragamnya.Sebab tulah ada orang yg tidak pernah basuh enjin keretanya.
Soalnya elok ke kita basuh enjin kereta ni?
Sebenarnya memang kena basuh, tapi mestilah kena caranya.Hantar je kat kedai Car Wash yg berpengalaman.Sapatutnya sebelum dibasuh enjin tu mestilah ditutup bahagian2 yg sentitif dgn air, contohnya kotak fius, Electronic, soket2 wayar dll.Barulah disembur enjin tu dgn bahan cecair yg sesuai dgnya, sebelum disembur dgn air.Setelah itu barulah disembur dgn angin utk mengeringkanya. Kalau nak cermat sepatutmya dijemur dulu dgn panas matahari utk pengeringan yg maksima.Tapi biasalah Car wash tak kuasa nak jemur2 pulak.
Ada kes basuh enjin ni sehingga shot wiring dan terbakar gara2 air yg masuk ke tempat tertentu.
Oleh itu pastikan enjin kereta anda dibasuh oleh mereka yg tahu cara yg betul.

Tuesday, April 6, 2010

ILMU PERLU PRAKTIKAL

"Ilmu tanpa amalan seperti pohon tanpa buah" kata sebuah bidalan Arab.Begitu jugalah ilmu yg dipelajari perlu dipraktik utk memantapkan ilmu tersebut.Bagaimana nak praktikan ilmu?
Bagi koi macam2 cara nak praktik ilmu.Koi nak beri contoh bagaimana sedang kita menuntut ilmu di pondok setiap hari tiba2 ada seruan utk bersama2 berdemontrasi di K.L terhadap kebiadaban kerajaan terhadap agama contohnya, maka inilah ketikanya kita memPRAKTIKan ilmu yg kita pelajari.Koi memang tak setuju kalau ada orang yg melarang pergi atas alasan mengganggu jadual pelajaran.Kalau kita berterusan mengaji ilmu tanpa praktis, maka kita akan melahirkan insan yg beku dan tidak peka terhadap isu sekeliling.Maka berjayalah musuh islam yg berusaha utk memisahkan umat islam dari masalah mesyarakat sekeliling.
Kalau setakat praktik utk menjadi imam sahaja belum mencukupi syarat praktik ilmu tersebut.

Thursday, April 1, 2010

Rileks jap....

Cuba teka, yang mana satu sebenarnya yang bergerak...?

ISLAM AGAMA BERDAULAT

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kpd manusia melalui lidah Rasul S.A.W
Islam tidak sama dgn agama2 yg lain.Jikalau dlm agama lain, Kesalahan seseorang boleh diampunkan oleh ketua2 agama masing2.Tetapi tidak bagi islam.Ketua agama dlm islam tidak mempunyai keistimewaan utk mengampunkan kesalahan yg dilakukan oleh seseorang.
Oleh itu kita jangan menurut perkara2 yg ternyata bercanggah dgn islam.
Ya Allah...,berilah kesedaran kpd kami semua tentang kebenaran dlm agama ini dan janganlah engkau selewengkan hati kami setelah engkau memberi petunjuk kpd kami.

Tuesday, March 16, 2010

SUNGAI DALAM LAUT ?



Sehari dua ni kecoh tentang pertemuan sebuah sungai yg mengalir dijumpai didasar laut.Berita yg menggemparkan ini sebenarkan kalupun benar itu semuanya menambahkan keyakinan kita tentang kebesaran Allah yg boleh buat apa sahaja.
Kita sebagai hambanya mestilah akur tentang kehebatan Allah yg tiada tolok bandingnya.
Apa sahaja yg berlaku kalau kita selidik berpandukan akal yg menurut wahyu kita akan bertemu dengan hidayah Allah.Jikalau tidak,,,,tanda2 keagungan Allah ini tidak bermakna langsung untuk kita.

Tuesday, March 2, 2010

Saturday, February 6, 2010

PANAS

Perkara paling panas hari ni ialah kisah perbicaraan Anwar dalam kes "LIWAT 2."Lakonan demi lakonan dari para pelakon hebat dipaparkan kpd kita.Subhanallah!Inilah akibat kalau sayangkan kalimah Allah,tapi tak sayang rahmat Allah.Tiada lagi aib dari pelakon utamanya dlm mendedahkan segalanya.
Islam telah mengajar cara nak menghakimi,mengadili dan menyelesaikan kes2 yg berlaku agar tiada sesiapa pun boleh menganiaya seseorang.Malangnya undang2 Allah ditolak ketepi.Sampai bila pun tak adil.Sedarlah wahai semua.
Hai aku pun pening...,ngape ada lagi orang sokong BN.
2.Kes Perak akan diumumkan keputusanya pada 9 hb ni.Aku ajak marilah kita solat hajat utk kemenangan Nizar....
3.Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, January 17, 2010

UMRAH PM

Lama betul aku tak sempat update blog ni...,dan sekarang aku berkesempatan pulak tengok Buletin Utama di TV3.Memang aku selalu miss Berita di Tv ni.Tertera di TV berita PM kita baru selesai mengerjkan umrah di Mekah.Bagus juga PM ni...,tapi Si Rosmah tu ngape pakai tudung keluar jambul depan..?belum lagi tinggalkan bumi mulia tu,dah tunjuk aurat kat orang.Malu aku rasa dpt PM macam ni.Tapi heran juge ye..,tak ada ke Ulama` dlm Umno yg tegur.Aku rasa kalau ada yg tegur alamat tak lama lah berkhidmat.Mungkin akan di pecat ke,tukar ke,macam2 lah.Sebab itulah agaknya Ulamak dlm Umno lebih suka mendiamkan diri demi PERIUK NASI.
lepas tu PM terima pulak anugerah tertinggi dari Raja Arab Saudi.Bangganya dia terima anugerah yg juga pernah diterima Presiden Amerika,Obama.
Aku harap sempena dgn ibadat umrah ini,Allah akan memberi hidayah kpd PM sekeluarga dan membaiki segala kesilapan yg dilakukan.Kalau tidak aku takut apa yg di doakan oleh TG Nik Aziz akan menjadi kenyataan.