Aidiladha merupakan satu hari mengingati pengorbanan agung yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.Cuba kita fikirkan bagaimana tidak logiknya seorang yg berfikiran waras sanggup menyembelih anak yg sangat dikasihi.Bagaimanakah jikalau kita yg duduk ditempat Nabi Ibrahim, sanggupkah kita bertindak sepertinya.Tentu ramai yg menjawab sanggup, kerana kita sudah tahu cerita selepasnya Nabi Ismail di tukarkan dgn Kibas.
Tapi realitinya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yg tidak tahu langsung sebagaimana yg kita tahu sekarang,sanggup melakukan penyembelihan tersebut.Apakah yg akan terjadi ketika disembelih,tentu Nabi Ismail akan menggelupur kesakitan dgn darah keluar membuak-buak, semuanya akan terbayang di kepala Nabi Ibrahim.
Bayangan2 negatif yg dtg dari Syaitan diketepikan oleh mereka berdua.Apa nak jadi lepas ni..., jadilah! Wow ! Patutlah mereka mendapat gelaran "Ulul Azmi"
Sikap patuh tanpa banyak soal terhadap perintah Allah inilah yg menaikan darjat mereka mengatasi darjat malaikat.
Kisah melontar Iblis yg akhirnya dijadikan rukun dlm ibadah haji memberi makna yg sangat besar terhadap penolakan kita terhadap Iblis dan sekutunya.
Inilah antara hikmah Hari Raya Korban kpd kita semua.
No comments:
Post a Comment