Sunday, July 17, 2011

BERSIH VS KOTOR

Alhamdulillah....dapat juga aku bersama2 BERSIH di KL baru2 ni.Tak sangka dlm sekatan,ugutan,amaran dll,org tetap ramai menyertainya.Mungkin kerana arahan dari pimpinan Pas maka ahli2 sanggup turun walau apu pun rintanganya.
Kerap sangat aku kena sembur dgn air asid dan gas pemedih mata dlm siri2 demontrasi sebelum ni...tapi kali ni bila disembur ketika kami sedang menghampiri masjid Jamek utk solat zohor,,entah mengapa terdetik di hatiku,aku tak redo kezaliman ini berlaku atasku...dan aku akan tuntut balik kpd semua pengundi2 BN yg menaikan kerajaan yg tidak benarkan kami solat di Masjid Jamek ini.
Walau apapun alasan mereka...sgt tidak berperikemanusian tandakan ganas ini dilakukan ketika azan sedang berkumandang...
Aku harap kezaliman ini memberi kesedaran kpd semua.
Mengapa kita masih sanjung ketua negara yg jelas isterinya tidak bertudung...sentiasa berdosa,tu belum kira borosnya dll...
Tadi aku lalu di bandar Temerloh..,nampaknya bandar ikan Patin akan bertukar kpd bandar HIBURAN tak lama lagi.Satu pihak menyeru kpd kebaikan...,sementara satu pihak lagi menyeru kpd kefasikan....
Ceramah perlukan permit....hiburan artis wanita tak perlu permit...
tak kan kita nak tunggu masuk kubur baru nak sedar....
sebenarnya kita dah sedar...tapi banyak sangat hati yg nak kena jaga...sampaikan lupa nak jaga hati Allah.