Monday, November 14, 2011

Menghampiri jam 12 malam di Temerloh

Malam ni aku sengaja jalan2 secara solo di Temerloh ni...
Jam dekat 12 malam...nak tengok gelagat2 manusia..
Jiran sebelah,suami isteri tengah basuh kereta sorang sebuah....
Jiran sebelah sana pulak...dah mimpi kot..
Di tapak pasar malam Temerloh Jaya...sampah menimbun sbb baru abis Pasar Malam.
Di Pejabat Pas TJ...ada metting kot...
Berhampiran jln utama TJ...ada semacam himpunan belia India kot...
Aku pekena teh tarik di sebuah restoran 24 jam di bandar Temerloh..
Punyalah ramai org..penuh kerusi..
Ada yg tengok movie siaran astro kat situ...
ada yg tengok laptop wifi free...
ada yg bercouple2...
couple tak sepadan pun ada..ishh..jantan tua..makwe mude...
geli geleman aku....
ada pulak remaja2 lembut...
ehh...macam KL jeee....
tak sangka........., temerloh..rupanya...
ada yg semacam baru balik keja...lapar semacam je balun nasi...
masing2 dgn aktiviti tersendiri...
ada yg dating di tempat2 gelap tepi kedai....
dekat jam 12 ni...
budak2 ni..tak de mak bapak ke..?
eh..ada..2 kali 5 je,,,patut la...
aku termenung.....
inilah gambaran dimana2 pun...
tu belum lagi di tempat2 gelap dekat esplanet tu...
eeii....
banyaknya masa kita abiskan tak tentu pasal gitu..
salah sape ye...
salah kita bersama la....

Sunday, July 17, 2011

BERSIH VS KOTOR

Alhamdulillah....dapat juga aku bersama2 BERSIH di KL baru2 ni.Tak sangka dlm sekatan,ugutan,amaran dll,org tetap ramai menyertainya.Mungkin kerana arahan dari pimpinan Pas maka ahli2 sanggup turun walau apu pun rintanganya.
Kerap sangat aku kena sembur dgn air asid dan gas pemedih mata dlm siri2 demontrasi sebelum ni...tapi kali ni bila disembur ketika kami sedang menghampiri masjid Jamek utk solat zohor,,entah mengapa terdetik di hatiku,aku tak redo kezaliman ini berlaku atasku...dan aku akan tuntut balik kpd semua pengundi2 BN yg menaikan kerajaan yg tidak benarkan kami solat di Masjid Jamek ini.
Walau apapun alasan mereka...sgt tidak berperikemanusian tandakan ganas ini dilakukan ketika azan sedang berkumandang...
Aku harap kezaliman ini memberi kesedaran kpd semua.
Mengapa kita masih sanjung ketua negara yg jelas isterinya tidak bertudung...sentiasa berdosa,tu belum kira borosnya dll...
Tadi aku lalu di bandar Temerloh..,nampaknya bandar ikan Patin akan bertukar kpd bandar HIBURAN tak lama lagi.Satu pihak menyeru kpd kebaikan...,sementara satu pihak lagi menyeru kpd kefasikan....
Ceramah perlukan permit....hiburan artis wanita tak perlu permit...
tak kan kita nak tunggu masuk kubur baru nak sedar....
sebenarnya kita dah sedar...tapi banyak sangat hati yg nak kena jaga...sampaikan lupa nak jaga hati Allah.

Tuesday, April 26, 2011

Apabila Rakyat Suka Merompak

Makin lama makin teruk Malaysia ni...
Dlm Paper hari2 kes jenayah berlaku.Kalau dulu memang jadi berita hangat,tapi kini dah hari2 jadi,tak pelik jadinya...........
Baru2 ni kecoh di Temerloh kes banduan lari dari kawalan polis di Mahkamah.Semasa lari tu,dia nampak kereta kawan koi ditepi jalan.Member koi sedang membuka bonet belakang keretanya.Terus je banduan tu rampas kereta kawan koi dan melarikan diri.Banduan yg sorang cina dan sorang melayu tu meninggalkan kereta kawan koi di Jengka..
Hai...macam2,ni bukan kes curi kereta,tapi rompak kereta kerana dilakukan depan tuanya.
kesian kawan koi yg duk di Kg Batu Satu ni...
Kes ke 2,member koi sorang guru di Johor.Satu hari dia gi mengeteh di sebuah gerai.Dia ngan Honda Jerungnya sementara kawan dia ngan Honda baru 2.4cc.
Selepas ngeteh,masing2 pergi start kereta masing2.Tiba2 member koi ni nampak kawanya sedang bergelut dgn seseorang yg tidak di kenali melalui tingkap keretanya.Rupa2nya penyamun tu sedang berusaha nak merampas kunci honda 2.4 tu...ditarik keluar Cikgu tu dan terus dilarikan kereta tersebut.
Hai macam dlm filem pulak....
Orang curi sekarang bukan belakang2.....bukan dlm gelap....
Curi siang hari....depan tuan pulak tu...muka langsung tak tutup....
Koi fikir2 memang tepat Hadis Nabi "Rakyat mengikut cara hidup pemimpin mereka"
Pemimpin yg terang2 merompak duit rakyat....
Patutlah rakyat merompak secara terang2

Saturday, April 2, 2011

PM Redo Perasuah ?

Aku pelik betullah dgn kes terbaru melibatkan Adun Lenggeng yg dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah kelmarin atas kesalahan rasuah.Pelik tu sebab dengar komen dari PM kita...
Katanya Adun BN itu masih Adun lagi dan akan merayu atas hukuman yg di jatuhkan itu.
Sepatutnya sebagai PM,terus mengmbil tindakan atas anak buahnya yg sudah disabitkan salah oleh mahkamah itu...
Dan memberi amaran tidak akan berkrompomi dgn mana2 PERASUAH !
Ini tidak...akan merayu lagi,tak de tanda2 marah pun dgn rasuah ni...
Itulah kalau hati dah redo dgn maksiat...rasa biasa je...
Yg lebih heran lagi...ada lagi orang sokong BN ni...pelik betul.
Yg ada kepentingan...biasala,akan sokong sampai bile2 BN ni...
Awak yg tak dapat ape2 dlm BN pun tetap setia juge,...
untungnya pemimpin BN ada penyokong2 yg terus menyokong mereka tanpa dapat ape2 macam orong atas tu...
Nilah kalau hati dah mati...
Ya Allah...berilah hidayah kpd kami semua supaya kami mendapat rahmatmu...amiin.

Monday, March 28, 2011

Timing Belt Campro

Bagi pemilik2 kereta Proton model baru berenjin Campro hendaklah sentiasa menukar Timing Belt apabila telah cukup tempohnya.Aku cadangkan setiap 70,000 km.
Sebabnya ialah apabila putus je Timing Belt...alamatnya kena tukar Cyc. Head.Kosnya taklah banyak sangat,sekitar RM 3 ribu lebih je...
Bukan apa,kalau duit banyak tu kita beli Cendol mamak..berapa banyak mangkuk dapat tu...
Nak cerite banyak tak reti...kalau model lain,ada can lagi repair Head tu,jimat banyak apa..
Enjin Campro ni seperti model Waja baru,Gen 2,Persona,Proton BLM,apa 2 lagilah Proton yg baru2.

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Japan kuasa Allah

Allah nak tunjukan sedikit kuasanya yg maha besar dlm kes Tsunami ini.Betapa kerdilnya kita apabila lihat kehebatan Allah ini.Tentera Allah yg bernama Air laut ini meranapkan segalanya.
Allahuakbar!...Apakah ini petanda besar dunia sudah dipenghujung usia..
Tunggulah tibanya tanda2 seterusnya.
Tiada siapa yg dapat menghalang kehebatan Allah ini...
Manusia mati beribu2..mereka kan dibangkitkan menurut amalan masing2.
Kita juga akan menghadapi tsunami apabila berhadapan dgn Malaikat maut nanti...
Ya Allah ampunkan segala dosa2 kami yg banyak ini...
Walau apapun yg berlaku....jadikanlah kami org yg engkau redho..........

Sunday, February 13, 2011

Kerjasama Pas dengan Dap & PKR

Tahalluf Siyasi..
Inilah istilah bahsa arab yg bermaksud Persefahaman Politik yg berlaku antara Pas dengan sekutunya dlm Pakatan Rakyat.
Dlm konteks Pakatan Rakyat,Pas meminta bantuan PKR & DAP utk menjatuhkan BN yg ternyata merugikan Umat dlm banyak perkara.Ini bukan bererti Wala'...tapi ianya bersifat sementara utk mencapai matlamat.
Dlm BN,kerjasama UMNO dan sekutunya adalah Tahalluf Wala',kerana UMNO mengikut telunjuk sekutunya,walaupun bercanggah dgn agama.
Antara syarat Tahalluf Siyasi ialah janganlah hak Muslim terhakis.
Jikalau ini berlaku,maka Tahalluf hendaklah dihentikan.
Tahalluf juga mestilah menjadi wasilah kpd Dakwah.
Inilah yg Pas jalankan,sehingga Non Muslim boleh mendengar dan memahami Al-Quran.
Berbeza dgn UMNO yg terlalu menjaga hati Non Muslim...sehingga mereka tidak diberi peluang mendengar kebenaran agama ini,bahkan apa yg berlaku di PRK Tenang,Umno menggunakan MCA utk menghina Islam.
Maka Tahalluf dlm BN adalah bercanggah dgn Islam,sementara Tahalluf dlm Pakatan Rakyat adalah menurut sirah Rasulullah yg melalui Tahalluf berjaya membuka jalan dakwah yg membawa kpd kemenangan Islam pada akhirnya.

(Ust Zaharudin-Ijtima' Tarbawi)

Thursday, February 10, 2011

Valentine Day

Aku tengok macam2 pandangan dlm kes Valentine day ni.Cumanya semua berpendapat ianya bercanggah dgn islam dan tak patut di raikan.Bagi rakan2 bukan islam sepatutnya mereka memahami budaya ini tidak sesuai dgn islam.
Jakim juga akan membuat program "anti hari Valentine".
Ada lagi rupanya Jakim ni...aku ingat dah tak ada.Yelah apa kerja diaorang aku pun kurang pasti.Yg aku tau Radio Jakim adalah.
Jakim,,,jakim....bukan setakat Valentine je yg salah,banyak benda lain lagi yg sepatutnya menjadi perhatian Jakim.
Contohnya Rancangan2 di TV yg begitu banyak bercanggah dgn agama.,seperti perkara2 khurafat yg boleh bawa kpd syirik dll,aurat tak payah ceritalah,bersepah.Sepatutnya ini juga perlu ditegur oleh Jakim.Barulah sesuai dgn namanya ...
Kenapa pilih2 perkara, ada yg perlu ditegur ada yg diamkan saja.Sedangkan setiap perkara yg bercanggah dgn agama perlu ditegur oleh Jakim.
Bagi aku Jakim hanya ditubuhkan utk menunjukan kpd orang ramai bahawa kerajaan juga perihatin kpd kemajuan islam....itu je !
Inilah akibatnyua kalau buat benda2 islam bukan kerana Allah...
Ngape lah ada lagi orang islam sokong kerajaan yg macam ni...
Ya Allah...aku tidak termasuk dari golongan mereka.

Friday, January 21, 2011

UTUSAN MALAYSIA

Aku selalu juga baca akhbar utusan ni...
Aku buat kesimpulan akhbar ni antara yg banyak buat fitnah dan melaga2kan antara kaum di negara ni.
Sifat ASOBIYAH yg ditanam oleh akhbar ni sangat menebal.Sedangkan sifat inilah yg dicela oleh agama,yg mengakibatkan kita tidak diakui sebagai umat nabi..
Sangat teruk akhbar ni...
Aku nasihatkan kpd semua agar menghindarkan dari menjual akhbar ini...
Kpd sahabat2 dan saudara maraku yg ada bekerja di Utusan ini supaya carilah kerja ditempat lain...
Takut nanti rezki yg kita dapat dari utusan tu tidak berkat.
Akibatnya nanti kita akan menyesal sehingga ke akhirat...
Rezki dibumi Allah ni sangat luas...
Biarlah kita miskin harta...
daripada kaya tapi tak berkat...