Sunday, November 22, 2009

Lambaian Makkah


Ramainya org gi Mekah Sekarang.Seluruh dunia berkumpul disitu.Harapnya kita bawa balik haji yg Mabrur, bukan bawa balik gelaran HAJI sahaja.
Ada satu cerita....kita biasa dengar orang akan buat Haji Ifrad atau Haji Tamattu`, tapi sorang pakcik tu bila ditanya dia buat haji apa....,katanya aku buat "haji mabrurrr...!", hai macam2 boleh jadi kalau ilmu tak de.Yg ada hanya duit.Itulah yg akhirnya, mereka dapat haji malborrooo !
Apa tidaknya, kaki2 rokok agak sukar nak dapatkan rokok pada mula mereka tiba, kerana rokok tidak dijual secara terbuka.Tapi aku pelik kaki2 rokok akan dapat mencari BROKER2 rokok dengan cepat walaupun tidak memahami bahasa Broker2 tersebut.Inilah bahana rokok...!, aku takut inilah antara sebab kita dpt Haji Malborroooo.
Perangai orang2 dari Malaysia ni memmang pelik, akan sentiasa berebut walau dimana sahaja mereka berada, berebut naik bas, makanan, naik lif hotel dan macam2 lagi. Cuma satu je yg mereka tak berebut, iaitu duduk saf depan dlm solat di Masjidilharam.Kalau nak cari dimana jemaah Malaysia dlm Masjid senang je...mana lagi, sof2 belakang.
Tu belum kira dlm ibadat.Org2 asia memang tak dpt tandingi kesungguhan dlm buat ibadat dgn org2 dari benua lain.Mereka boleh solat tak henti2, mengaji Quran berterusan, berkampung dlm Masjid. Jauhlah kalau nak bandingkan jemaah dari Malysia ni..., agaknya kita lebih mewah dari mereka. Mungkin sebab itulah kita gi Mekah sebagai Pelancong sahaja.
Menurut pandangan aku mejoriti dari kita pulang dgn tangan kosong saja. Hanya sedikit dari HAJI kita yg diterima oleh Allah.
Ya Allah terimalah ibadah Hajiku ini....Amiiin

No comments: