Thursday, December 3, 2009

MYVI

Anda pemilik kereta Myvi ?....Sy nak cerita sikit pasal Myvi ni. Kereta ni memang top one sekarang di Malaysia ni.Sebab come lote dan praktikal utk digunakan dari semua segi.
Teknologi kereta ni memang canggih.Sebagai sedikit panduan jika kereta jenis ni tak boleh start kerana Bateri lemah.Jangan terus sambung dengan wire Jumper sebagaimana kita buat untuk kereta lain.Alamat tak lama jahanamlah kereta ni....,habis lari dia punya setting Computer Box.
Sebaiknya cabut terus bateri yg lemah tu, letakan bateri yg elok, kemudian baru start.
Semua kerja 2 tadi hendaklah dilakukan setelah kita mencabut dahulu kunci daripada tempat start tu.Atau kalau nak guna juga wire jumper, offkan dahulu suis tersebut dan cabut terus suis tu, baru di sambung wire jumper.Setelah itu baru di masukan kunci dan terus start.Ini nak mengelakan dari setting computer box tadi akan pening dan kesanya kereta tidak akan boleh hidup walaupun boleh start.Terpaksa di tunda ke Bengkel.Selalunya mekanik akan setting semula dan akan men"copy"kan kunci kereta myvi kita dan akan disimpan tanpa pengetahuan kita utk memudahkan kerja2 mereka dimasa akan datang jika kereta kita buat hal lagi.Saya bimbang mereka akan menyalahkan gunakan kunci copy tersebut utk kegiatan jenayah dll.Maklumlah kunci yg telah di "copy fizikal dan tlh disetting" berada dlm simpanan mereka.Walaupun Remote Control tidak di copy, tapi pada pemegang kunci tersebut sebenarnya ada sistem electronic yg boleh di copy.
Begitu jugalah jenis kereta baru seperti Avanza dll.
So....berhati-hatilah.

No comments: