Sunday, March 29, 2009

UMNO TAKUT AMANAT HJ HADI

Apa yg anda fikirkan bila terbaca banner dari BN ni?Hanya mereka yg tak mendapat hidayah saja yg akan terpedaya.Isu Amanat Hj Hadi ini adalah isu lama yg di RECYCLE kan kembali utk memerangkap Pas kononya.Sedangkan merekalah yg terperangkap.Cuba kita fikirkan....
1-Hj Hadi masih hidup utk kita tanyakan lebih lanjut mengenai perkara ini.
2-Hj Hadi masih mengulangi cabaran utk berhujjah dgn tajuk AMANAT ini.Berdebat secara terbuka atau tertutup dgn ulamak umno.
3-Umno terus berdiam diri utk menyahut cabaran ini.
4-Apalah salahnya Umno yg menguasai Tv mengadakan siaran langsung debat ini,panggil sesiapa saja ulamak Umno untuk melawan Hj hadi yg sudah bersedia utk hadir tu..Ganyang cukup2 Hj Hadi dan malukan dia secara LIVE di seluruh negara.Pasti Pas akan berkubur selepas itu.
RUPA2NYA Umno dan ulamaknya takut utk berdebat kerana
1-Mereka salah
2-Tak ada hujah agama
3-Kalau berdebat, akan pecah tembelang mereka dan rakyat akan tahu rupa2nya Umno adalah parti BATIL dan merekalah yg akan terkubur.
Harapan aku agar segala tindakan dan sokongan kita kpd sesiapa saja di dunia ini mestilah sesuai dgn agama dan akan di tanya oleh Allah kelak....
Benarlah kata pepatah melayu....
"pas BERANI KERANA BENAR,umno TAKUT KERANA SALAH"

Wednesday, March 25, 2009

DRIVE SHAFT




Drive Shaft ialah alat yg menghubungkan antara Gear Box dan tayar.Tayar berpusing mengikut kelajuan Drive Shaft.Biasanya kalau rosak ianya akan berbunyi,terutama apabila mengambil selekoh.Bagi Drive Shaft yg rosak lebih teruk,ketika jalan lurus pun ia berbunyi.Pengguna di nasihatkan supaya terus menukar yg baru sekiranya berbunyi.Kalau terus guna,mungkin ia akan patah atau tercabut.Risikonya mungkin kita akan menjadi penghuni Hospital.Apa pun kalau ada bunyi pelik,datang berjumpa DOKTOR kereta anda utk tindakan lanjut.Biar kereta anda saja yg masuk wad daripada anda yg masuk!

Monday, March 23, 2009

MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN TEMERLOH


JAWATANKUASA PAS KAWASAN TEMERLOH SESI 2009-2011

Semalam, 22 Mac 2009, Jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh sesi 2009-2011 telah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 22 yang berlangsung di Darul Amin, Sg. Gau bermula jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa yang dipilih oleh para perwakilan :

Yang Dipertua : Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif
Timb. Yang Dipertua : Hj Md Jusoh Darus
Naib Yang Dipertua : YB Syed Hamid Syed Mohamed
Ketua Urusan Ulama : Ust Ariffin Abdullah
Ketua Pemuda : Ust Jauhari Ishak
Ketua Muslimat : Pn. Salmi Mohd

Jawatankuasa :
Sdr Abdullah Abdul Karim
Sdr Hasanudin Salim
Sdr Hashim Abdullah
Sdr Fairuz Hisham Nordin
Ust Khairulzaman Md Nor
En Shohaimi Latif
En. Nazir Sulaiman
Hj Firdaus Abdul Kadir
Ust Wahid Abdul Ghaffar
Hj Akmal Hidri Othman
Hj Abdullah Sidek
Hj Amiruslan Abdul Manaf
En Roslan Ahmad
Ust Hanafiah Mohd
Ust Abu Hasan Al-Shaari
Hj Ahmad Zuber Omar
Tahniah dan takziah kepada yang terpilih. Takziah kerana anda dilantik untuk memikul bebanan. Tahniah kerana anda terpilih untuk menambah amalan. Salam perjuangan.

Monday, March 16, 2009

STANDARD PARLIMEN MALAYSIA


Apa nak jadi dgn Parlimen Malaysia.Hari ni diluluskan usul utk menggantung MP Puchong atas sebab menyentuh peribadi MP Pekan.Hujah kukuh dari MP Pakatan Rakyat diketepikan begitu sahaja oleh Speaker yg ternyata berat sebelah.Kalau isu yg sebegini besar pun Parlimen tak boleh bincang...,nampak gayanya Parlimen menuju ke belakang.Undi majoriti menjadi penentu,mengatasi kebenaran.Malunya inilah standard Parlimen Malaysia.Aku yg sentiasa mengikuti perbahasan Parlimen setiap hari dapat melihat standard MP Pakatan Rakyat berbahas jauh lebih baik berbanding standard MP BN.Kalaulah siarang secara langsung ada di tv setiap hari...,alamat BN cepat ghuyuppp.



Tuesday, March 10, 2009

YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH


Malu rasanya mengatakan cinta

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia,sedangkan diriku insan biasa

kupujuk jua hati dan jiwa

meluahkan rasa cinta membara

didalam pujian ucapan selawat

tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya kuturuti ajaranya

apa terdaya ku amalkan sunahnya

moga didunia mendapat berkat

diakhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona

kerna budinya aku jatuh cinta

rinduku padanya tiada terkata

nantikanlah daku ditaman syurga.

Sesungguhnya apa yg kudambakan

adalah cinta Allah yg esa

kerana cinta kepada Rasulullah

bererti cinta kepada Allah.

Wednesday, March 4, 2009

PENTINGNYA BRAKE


Brake hendaklah sentiasa diperiksa mengikut jadual.Tanpa brake eeeii...tak tau nak cakap.
Sistem brake dlm sebuah kereta seperti gambarajah diatas.Minyak Brake hendaklah selalu diperiksa agar selalu baik dan cukup.Sebaiknya minyak brake hendaklah ditukar setiap 50,000km.Sentiasalah periksa akan kebocoran minyak brake dan baiki segera jika ianya berlaku.Brake lining ditayar hadapan selalunya akan habis apabila sudah dipakai selama lebih kurang 2 tahun,sementara di tayar belakang,biasanya 5 tahun.Bagaimanapun brake ini hendaklah di periksa dan di servis lebih kerap untuk memastikan keupayaanya sentiasa terjamin.Apabila terdengar sesuatu yg pelik ketika menekan brake,sila berjumpa dengan doktor kereta anda dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.Hand brake ada kaitan dengan brake belakang. periksa brake belakang apabila hand brake kurang "makan"....PASTIKAN KERETA LAJU,BRAKE MENCENGKAM,BARU MENGANCAM.

Sunday, March 1, 2009

MASJID DIROR?


Tadi aku balik ke kg mak mertua di Pekan.Tg Medang adalah sebuah kampung tradisi yg lama.Apa yg aku nak ceritakan disini ialah,masjid yg dekat dgn rumah tu baru je siap di tambah bangunanya di bahagian tepi kiri dan kanan.Aku tak tahu untuk apa gunanya bahagian tu,kalau kata nak tampung jamaah yg ramai,solat jamaah zohor dan asar selalu tak ada,fardu kifayah pun tak lepas,confirm satu kampung berdosa.Solat malam dan pagi ada la,kalau campur dgn muslimat pun kurang dari 10 org.Solat jumaat?tak penuh pun.Kalau nak tengok penuh masa solat dua hari raya,tu je...Bagi aku,kalau dah duit banyak,puluhan ribu tu baik baiki tembok pagar yg runtuh tu,taklah lembu dtg solat jamaah macam biasa.Aku tak kisah warnanya yg 100% biru tu,lawalah jugak,tapi tau tak,quran disorok dlm bilik bilal.Pernah aku ambil satu utk baca,ya Allah....melekat satu sama lain,berapa tahun agaknya quran ni tak dibaca agaknya.Inilah contoh masjid2 dikampung yg selalunya tak meriah macam dibandar.Inilah antara sebab org2 kg kurang kesedaran agama,bila masjid tidak berperanan seperti yg sepatutnya.Dimana perginya org2 muda aku pun tak pasti,nasiblah ada org2 tua yg masih setia dgn masjid walaupun tenaga dah kurang.Aku harap akan ada org2 muda yg sanggup mengimarahkan masjid2 terutamanya di kg2 yg semakin sunyi dgn petunjuk Ilahi.
Janganlah hendaknya masjid2 ini dilabelkan oleh malaikat sebagai Masjid DIROR yg Nabi suruh runtuhkan.