Tuesday, March 10, 2009

YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH


Malu rasanya mengatakan cinta

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia,sedangkan diriku insan biasa

kupujuk jua hati dan jiwa

meluahkan rasa cinta membara

didalam pujian ucapan selawat

tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya kuturuti ajaranya

apa terdaya ku amalkan sunahnya

moga didunia mendapat berkat

diakhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona

kerna budinya aku jatuh cinta

rinduku padanya tiada terkata

nantikanlah daku ditaman syurga.

Sesungguhnya apa yg kudambakan

adalah cinta Allah yg esa

kerana cinta kepada Rasulullah

bererti cinta kepada Allah.

No comments: