Brake hendaklah sentiasa diperiksa mengikut jadual.Tanpa brake eeeii...tak tau nak cakap.
Sistem brake dlm sebuah kereta seperti gambarajah diatas.Minyak Brake hendaklah selalu diperiksa agar selalu baik dan cukup.Sebaiknya minyak brake hendaklah ditukar setiap 50,000km.Sentiasalah periksa akan kebocoran minyak brake dan baiki segera jika ianya berlaku.Brake lining ditayar hadapan selalunya akan habis apabila sudah dipakai selama lebih kurang 2 tahun,sementara di tayar belakang,biasanya 5 tahun.Bagaimanapun brake ini hendaklah di periksa dan di servis lebih kerap untuk memastikan keupayaanya sentiasa terjamin.Apabila terdengar sesuatu yg pelik ketika menekan brake,sila berjumpa dengan doktor kereta anda dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.Hand brake ada kaitan dengan brake belakang. periksa brake belakang apabila hand brake kurang "makan"....PASTIKAN KERETA LAJU,BRAKE MENCENGKAM,BARU MENGANCAM.
No comments:
Post a Comment