Tadi aku balik ke kg mak mertua di Pekan.Tg Medang adalah sebuah kampung tradisi yg lama.Apa yg aku nak ceritakan disini ialah,masjid yg dekat dgn rumah tu baru je siap di tambah bangunanya di bahagian tepi kiri dan kanan.Aku tak tahu untuk apa gunanya bahagian tu,kalau kata nak tampung jamaah yg ramai,solat jamaah zohor dan asar selalu tak ada,fardu kifayah pun tak lepas,confirm satu kampung berdosa.Solat malam dan pagi ada la,kalau campur dgn muslimat pun kurang dari 10 org.Solat jumaat?tak penuh pun.Kalau nak tengok penuh masa solat dua hari raya,tu je...Bagi aku,kalau dah duit banyak,puluhan ribu tu baik baiki tembok pagar yg runtuh tu,taklah lembu dtg solat jamaah macam biasa.Aku tak kisah warnanya yg 100% biru tu,lawalah jugak,tapi tau tak,quran disorok dlm bilik bilal.Pernah aku ambil satu utk baca,ya Allah....melekat satu sama lain,berapa tahun agaknya quran ni tak dibaca agaknya.Inilah contoh masjid2 dikampung yg selalunya tak meriah macam dibandar.Inilah antara sebab org2 kg kurang kesedaran agama,bila masjid tidak berperanan seperti yg sepatutnya.Dimana perginya org2 muda aku pun tak pasti,nasiblah ada org2 tua yg masih setia dgn masjid walaupun tenaga dah kurang.Aku harap akan ada org2 muda yg sanggup mengimarahkan masjid2 terutamanya di kg2 yg semakin sunyi dgn petunjuk Ilahi.
Janganlah hendaknya masjid2 ini dilabelkan oleh malaikat sebagai Masjid DIROR yg Nabi suruh runtuhkan.
No comments:
Post a Comment