Saturday, November 28, 2009

KANCIL-MASALAH PAIP AIR

Anda pemilik kereta Kancil ?.Ini masalah yg kerap terjadi kepada kereta jenis Kancil.
3 way dan 4 way pipe selalu patah.Penyambung kepada Bypass Hose ini dibuat dari campuran Plastik.Memang tak tahan lama.Anda dinasihatkan agar kerap menukar paip ini.Selalunya dlm tempoh 2 tahun, paip ini akan patah dan pecah.
Kesan akibat dari paip ini patah sangat besar.Kalau tak disedari, dalam tempoh 2-3 minit saja air akan kering.Kalau kereta terus saja berjalan kerosakan akan terjadi kpd enjin kereta anda.
Selalulah periksa paip ini dan terus tukar apabila nampak tanda2 bocor atau sudah digunakan agak lama.Bagi model terbaru selalunya sudah di"upgrade"kan kpd jenis Besi yg lebih tahan.
Kalau paip ini patah ditengah jalan,carilah sesuatu seperti kayu dll utk menutup sementara lubang Hose,sebelum menuju ke Klinik kereta anda.

Friday, November 27, 2009

ERTI PENGORBANAN


Aidiladha merupakan satu hari mengingati pengorbanan agung yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.Cuba kita fikirkan bagaimana tidak logiknya seorang yg berfikiran waras sanggup menyembelih anak yg sangat dikasihi.Bagaimanakah jikalau kita yg duduk ditempat Nabi Ibrahim, sanggupkah kita bertindak sepertinya.Tentu ramai yg menjawab sanggup, kerana kita sudah tahu cerita selepasnya Nabi Ismail di tukarkan dgn Kibas.

Tapi realitinya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yg tidak tahu langsung sebagaimana yg kita tahu sekarang,sanggup melakukan penyembelihan tersebut.Apakah yg akan terjadi ketika disembelih,tentu Nabi Ismail akan menggelupur kesakitan dgn darah keluar membuak-buak, semuanya akan terbayang di kepala Nabi Ibrahim.

Bayangan2 negatif yg dtg dari Syaitan diketepikan oleh mereka berdua.Apa nak jadi lepas ni..., jadilah! Wow ! Patutlah mereka mendapat gelaran "Ulul Azmi"

Sikap patuh tanpa banyak soal terhadap perintah Allah inilah yg menaikan darjat mereka mengatasi darjat malaikat.

Kisah melontar Iblis yg akhirnya dijadikan rukun dlm ibadah haji memberi makna yg sangat besar terhadap penolakan kita terhadap Iblis dan sekutunya.

Inilah antara hikmah Hari Raya Korban kpd kita semua.

Sunday, November 22, 2009

Lambaian Makkah


Ramainya org gi Mekah Sekarang.Seluruh dunia berkumpul disitu.Harapnya kita bawa balik haji yg Mabrur, bukan bawa balik gelaran HAJI sahaja.
Ada satu cerita....kita biasa dengar orang akan buat Haji Ifrad atau Haji Tamattu`, tapi sorang pakcik tu bila ditanya dia buat haji apa....,katanya aku buat "haji mabrurrr...!", hai macam2 boleh jadi kalau ilmu tak de.Yg ada hanya duit.Itulah yg akhirnya, mereka dapat haji malborrooo !
Apa tidaknya, kaki2 rokok agak sukar nak dapatkan rokok pada mula mereka tiba, kerana rokok tidak dijual secara terbuka.Tapi aku pelik kaki2 rokok akan dapat mencari BROKER2 rokok dengan cepat walaupun tidak memahami bahasa Broker2 tersebut.Inilah bahana rokok...!, aku takut inilah antara sebab kita dpt Haji Malborroooo.
Perangai orang2 dari Malaysia ni memmang pelik, akan sentiasa berebut walau dimana sahaja mereka berada, berebut naik bas, makanan, naik lif hotel dan macam2 lagi. Cuma satu je yg mereka tak berebut, iaitu duduk saf depan dlm solat di Masjidilharam.Kalau nak cari dimana jemaah Malaysia dlm Masjid senang je...mana lagi, sof2 belakang.
Tu belum kira dlm ibadat.Org2 asia memang tak dpt tandingi kesungguhan dlm buat ibadat dgn org2 dari benua lain.Mereka boleh solat tak henti2, mengaji Quran berterusan, berkampung dlm Masjid. Jauhlah kalau nak bandingkan jemaah dari Malysia ni..., agaknya kita lebih mewah dari mereka. Mungkin sebab itulah kita gi Mekah sebagai Pelancong sahaja.
Menurut pandangan aku mejoriti dari kita pulang dgn tangan kosong saja. Hanya sedikit dari HAJI kita yg diterima oleh Allah.
Ya Allah terimalah ibadah Hajiku ini....Amiiin

Sunday, November 1, 2009

Periksa Brake kereta anda.


Gambar diatas ialah Piring Brake (Disc Brake Rotor) yang telah rosak akibat lambat menukar Brake Pad. Para pengguna dinasihatkan agar selalu memeriksa keadaan Brake mereka supaya menukar dgn segera apabila kulit Brake tersebut sudah nipis. Kalau tunggu sampai tekan Brake je berbunyi, alamat dah habis lah jawabnya.Kekerapan utk memeriksa brake ini disarankan selama satu tahun setengah utk penggunaan biasa.Kalau kuat penggunaanya, maka lebih cepat perlu di periksa.