Thursday, May 28, 2009

TELAH TIBA AKHIR ZAMAN

Suasana mutakhir ini sangat memeningkan kepala.Musuh2 islam memainkan isu2 remah yg diambil serius oleh kita.Ngape ye? Ulamak dan Profesional bukanlah isu besar yg perlu diperdebatkan oleh kita secara terbuka.Kaji punya kaji rupanya ahli Pas sendiri kurang minat di TARBIYAH.Hasilnya kita lihat ramai yg terperangkap dengan isu ciptaan musuh.Di era Pas di lihat mampu utk memerintah sedikit masa lagi,musuh yg hampir lemas cuba menarik perhatian kita utk menari menurut rentak mereka.Satu sebab lagi kita telah di hinggapi Virus SELSEMA AL-WAHNU.Virus ini lebih bahaya dari Selsema Khinzir.Sebab itulah kita mula begitu minat pada DUNIA dan berusaha mengekalkan kesihatan supaya lambat MATI.
Tampuk kuasa menjanjikan imbuhan yg bukan sedikit.Jarang manusia dpt melepasi ujian ini.Semakin Ulamaknya kita,semakin menggunung ujian ini.
Ya Allah...,di saat org berebut itu dan ini...,jadikanlah aku berebut keredoanmu.Sucikanlah diri ini di saat org mengatakan hartalah yg dpt menjanjikan kemenangan.Berilah ketenangan pd hati ini di saat org begitu ghairah OVERTIME,PART TIME sehingga NO TIME utkmu!

Tuesday, May 19, 2009

Naza Ria & Suzuki Vitara

Tadi ada kawan koi dtg dgn Naza Rianya ke bengkel koi.Koi tengok minyak hitam dah campur air,memang sebelum ni kete tu ada paip airnya bocor.Sekarang baru nampak kesanya.Alamak jenis ni keseluruhan enjinya aluminium...kalau bloknya besi,kita dpt settlekan masalah dgn tukar Head je..!tapi dlm kes ni alamat kena tukar enjinlah jawabnya.Koi pun tanya enjin..wow!murahnya,dekat 10 ribu!kalau siap tukar pergi ke Rm15 ribu!..sekarang koi tengah cuba tukar Gasket Head dulu.Tu pun dekat seribu.
Koi nasihatkan pemilik Naza Ria agar AIR kena jaga sungguh,kalau tidak SDA(seperti diatas)
Sementara Suzuki Vitara adalah antara kete yg Cun bagi koi.Tapi Petrolnya kuat terutama yg Auto.Maintenance pun boleh tahan kerana Spare Partnya mahal.Kesimpulanya koi tak rekomen beli!

Friday, May 15, 2009

PANDUAN NAK BELI KERETA

Sebagai seorang doktor kereta kampung,aku taulah sikit macamana panduan nak beli kereta.
1) Harga yg berpatutan.Kena tengok kemampuan sendiri,bukan tengok jiran2 atau saudara mara yg dok perli kita sokmo tu..
2)Kualiti.Antara kereta yg paling tahan dan berkualiti adalah jenis Toyota,Honda,Nissan,Merc,BMW dll.
3)Selesa.Antara kereta yg kurang selesa adalah jenis Proton,Perodua dan jenis2 dari Korea.Apatah lagi kereta2 jenis ini adalah yg paling banyak masalah.
Contoh yg aku nak beri ialah kalau kita nak beli kereta Naza Citra baru berharga RM80,000 lebih baik kita beli Honda Stream berumur sudah 3 tahun tapi dengan harga yg sama.Walaupun second hand,tapi kualiti,keselesaan jauh lebih baik dari Naza Citra.Maintenance pun jauh lebih jimat.Tu belum kira penggunaan petrol yg lebih sedikit.Pendek kata markah yg aku beri adalah;
Naza Citra baru -30 markah
Honda Stream 2nd hand -80 markah
Walau bagaaimanapun terpulanglah pd anda utk menilai segalanya.Maaf kalau ada yg terasa.
Cuma bertanyalah pd yg lebih tahu sebelum sebarang tindakan kita ambil.

Friday, May 8, 2009

BUTA MATA,CELIK HATI

Semalam aku terserempak dengan satu keluarga yang sedang makan disebuah kedai.Ayah dan ibu buta sementara dua anak celik.Allahuakbar....,untungnya mereka kerana tak ada langsung dosa mata.Aku ni dosa mata je dah tak larat nak tanggung.Untung lagi mereka diberikan anak yg celik,dpt menolong mereka.Dlm teraba2 mereka menghabiskan makanan.Aku rasa sangat hiba...Allah berikan aku mata yg boleh melihat,tapi mereka tak dapat melihat.Ngape ye payah sangat nak bersyukur dgn mata ni...Alhamdulillah.Selama ni tak terasa mata tu nikmat kerana lahir je dah dpt tengok dunia.
Tapi ada satu lagi mata yg sangat penting,iaitu mata hati.Dengan mata hatilah kita dpt menilai baik buruknya sesuatu perkara.Contoh yg aku nak beri,sape yg tak dpt melihat buruknya BN dlm episod Sidang DUN Perak baru2 ni,memang Buta Hati..Kalau macam org yg aku jumpa kat kadai makan tu,cuma buta mata je...tapi buta hati lebih teruk kerana nampak sangat hati mereka kotor,kalau mati tak sempat taubat....Nauzubillah!

Sunday, May 3, 2009

SPARK PLUG

Tahukah anda apakah gunanya plug pd kereta anda?gunanya utk menyalakan api utk menghasilkan satu letupan ketika mampatan dlm blok enjin.o.klah,yg senangnya plug hendaklah ditukar setelah digunakan 15,000 km atau 3 kali tukar minyak hitam,sekali tukar plug.bersambung