Thursday, January 29, 2009

APAKAH JENIS MINYAK PELINCIR TERBAIK


Sorang kawan dtg dan menceritakan tentang baiknya sejenis minyak hitam,yg sgt baik utk enjin,macam2lah.Bila ditanya nak dapat dimana,rupanya dia yg jual minyak tu,patutlah.Sorang lagi kenalan dtg dan mengesyorkan saya menjual minyak pelincir jenis Shell,rupanya taukeh Shell Petrol Station.
1001 jenis minyak yg direkomenkan,soalnya mana yg terbaik?Sebagai penjual minyak pelincir yg pelbagai,saya ada pilihan sendiri.Umumnya yg paling laku dipasaran ialah jenis Shell,tapi soalnya adakah ianya yg terbaik?Sebenarnya PROMOSI lah yg membuatkan Shell maju dipasaran.Trend sekarang ialah pengguna membeli BRAND,bukan KUALITI.Apatah lagi yg berjenama harganya murah pulak,lagilah laku.Penjual pulak selalunya akan merekomenkan jenama yg dia untung banyak,bukan yg berkualiti.Di sinilah letaknya peranan IMAN yg dpt membezakan dosa dan pahala,bukan keuntungan dunia semata.Akan dtg mungkin ada minyak hitam yg berperisa tongkat ali dll untuk mempowerkan kereta.entahlah...

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari


Satu tanda kekuasaan Allah terjadi pada Gerhana Matahari.Kita disunatkan utk solat gerhana.Kebesaran ini tiada tandingan.Kecilnya hambamu ini bila melihat tanda2 yg sangat mengkagumkan ini.Betapa jahilnya diriku yg tidak rasa apa2 dari peristiwa ini.Ya Allah,jadikanlah diriku ini hamba yg tunduk seikhlasnya,walau tiada menambah taqwa dlm diri ini seperti hambamu yg soleh,tapi,berilah kelebihan itu juga kpd ku.Lantaran byknya dosa yg kukumpul setiap hari.Ku tak mampu menghadapi azabmu yg sgt pedih,umpama matahari yg mendidih,mencairkan setiap yg berdosa.Ya Allah,dosaku yg bertimbun ini engkau ampunkanlah dan baikilah diri ini.Malu rasanya mengaku hamba yg beriman dlm keadaan bergelumang dosa...Ya Allah..

Friday, January 23, 2009

FELDA LEMBAH KLAU "OKB"


Orang Kaya Baru,itulah yg terkeluar dari mulutku bila pulang ke Felda Lembah Klau baru2 ini.Apa daknya hampir semua buat rumah baru.Tak kurang yg membina rumah lain sepenuhnya,bukan tambahan bagi rumah yg lama.Gara2 dpt bayaran tanah dusun seluas 2 ekar tu,yg hampir 100 ribu nalainya.Apa lagi,rumah baru la...!Tapi ayahku tak pulak buat rumah baru.skrg ni pulak duduk di Pondok Lanchang,tak guna nak besarkan rumah di Klau tu!
Bagusnya BN ni,patutlah undi untuk BN di Klau ni solid utk BN.Kalau macam ni agaknya,lama lagilah BN dpt undi solid disini.Klau ni pulak jauh dari bandar,makin sedaplah kelentong!Hai org Klau,sedarlah sikit,dusun tu memang kita punya,apa nak bangga nya dpt pampasan tu,kita dah bayar tanah tu sampai habis,bukan dpt free!tak payah la BN nak kelentong org Felda ni.Bagi yg tanah kebun diambil semua,nilai keseluruhanya hampir mencecah setengah juta!woww...Apa pun harapanku sebagai generasi ke 2 Felda,50 tahun lebih BN mendera masyarakat Felda,kita stopkan kerakusan mereka dgn mengexpiredkan Bn pada pilihanraya ke 13 nanti.Allahuakbar!

Thursday, January 22, 2009

HIMPUNAN PEMUDA HAPUSKAN ISA
14 FEBRUARI 2009 . TEMIN, JERANTUT, PAHANG.

Wednesday, January 21, 2009

Savvy oh Savvy..!


Bukan nak condemkan kereta nasional,tapi inilah yg terjadi.Dekat nak raya baru ni,jiran koi minta koi baikikan kereta Savvynya yg semput.Tapi naik semput koi dibuatnya mengesan kerosakan tersebut.Maklumlah bengkel serba kekurangan ni.koi pun menyarankan padanya utk pegi ke Proton Servis.kesian kak ni,terkeluar perkataan darinya "Menyesal aku beli kereta model ni".Dia pun terus pergi ke Proton Servis.Entah apa yg rosak bilnya Rm700 lebih.Macam2 hal yg rosak pada kereta kak ni.Dia selalu ngadu pd koi,koi nak dapatkan spare partnya dah la payah,harganya sgt tinggi pulak tu..aduhh,kesian betui.Itu citer musim nak raya baru ni.Tadi rosak lagi dekat sekolah.Member koi gi cek,masalah wiring agaknya.Macam biasa koi cadangkankan ke Proton Servis la..hai sampai bila agaknya kak tu boleh bertahan dgn Savvynya.
Inilah antara rentetan masalah Savvy,Tiara dll.Dimana silapnya boleh jadi gitu ye!

Monday, January 19, 2009

KOS TINGGI SELENGGARA KENDERAAN?


Mengapa kos membaiki kenderaan kerajaan tinggi?Mahu tdk mahu kita kena mengakuinya sangat tinggi.Antara alasan yg diberikan oleh Pusat servis dan Bengkel ialah bayaran lambat.Saya sebagai pemilik bengkel amat memahami keadaan yg sebenarnya.Bayaran lambat bukan alasan utama.Pemandu nak sikit,bos nak sikit,bengkel pun adjustlah banyak.Pemandu yg dah dpt,akan membiarkan saja apa yg akan tertulis dlm bil,betul ke,tipu ke,lantaklah,bukan duit aku,janji bahagian aku ada.Sikap ini aku jangkakan 80% ada pada pemandu2.Inilah sikap yg disebabkan oleh tak takutnya pada Allah.Gambaran inilah hasil didikan BN selama 50 tahun memerintah Malaysia.Rasuah dimana2.Semua org tau.BN tak mendidik rohani rakyat.Menjadi kewajipan org yg mengaku beriman tidak bersekongkol dgn kefasikan ini.Ya Allah tunjuklah kebenaran kpd kami semua.Amiiin.

Friday, January 16, 2009

TENTERA ALLAH DI PALESTIN DAN DI TERENGGANU


Maha suci tuhan mempunyai tentera yg banyak.
Ada yg dapat dilihat ada juga yg sebaliknya.
Ada tentera yg nyata ada yg tidak dpt dilihat.
Seperti Malaikat dll.
Ya Allah,saudara kami di Palestin sedang disembelih,engkau maha melihatnya ,maka kami serahkan kpdmu utk menyelesaikanya ya Allah.Seluruh negara umat islam hanya memerhati sahaja.Mereka takutkan Amerika dan Yahudi lebih takut daripadamu.Dari kejauhan ini,kami hanya harap pertolonganmu sahaja,biarlah org lain dgn dunia masing2.Tapi kami sebagai hamba abdimu sgt memohon tolonglah saudara2 kami disana.Mereka juga hambamu.Yg mana terbunuh engkau anugerahkanlah sebagai SYUHADA`.Hancurkanlah musuh kami dan musuhmu itu walau dimana sahaja mereka berada.Tetapkanlah pendirian mereka dan kami atas agamamu walau apa saja cabaran yg dtg.Sesungguhnya amat kecil dugaan ini kalau nak dibandingkan dgn ujian para kekasihmu ya Allah...Ya Allahhhhhhhhh,berilah kemenangan kpd Umat islam Palestin dan berilah kemenangan bergaya kepada PAS di terengganu,dan hancurkanlah musuhmu...amiiiiin.

Thursday, January 15, 2009

Antara Perdana V6 dan Camry

Kecoh jadinya bila diberitakan maintanance Perdana V6 tinggi.Bertambah tinggi jika maintanance tu utk kete kerajaan.Betul ke?Memang betul.Perdana antara kete yg banyak masalah terutama Gear-box autonya,selain model wira 1.6 auto dan 1.8 auto.Semuanya bermasalah dgn gear boxnya.Tentunya Jepun yg mensupply model ni saje je buat gitu utk tujuan tertentu yg kita dpt agak.Negeri Pakatan Rkyt mengmbil tindakan menukar model ni kpd Camry.Satu tindakan yg sgt bijak Jebat Muda!Prestasi yg berbeza,mentanance yg berbeza.
Koi baru je tukar Perdana V6 kpd Honda tak sampai sebulan yg lalu.Antara sebbnya ialah menukar gear box Perdana V6 dah jadi acara tahunan!Woi...walaupun koi buat sendiri,tpi bila dah jadi acara tahunan,bengkok koi!Ngape Jepun bagi gear box yg byk problem?sudah tentu ni strategi bisnes peringkat Global.Seorg kenalan yg baru setahun beli Perdana V6 model terbaru terpaksa mentowing dari jln Gua Musang kerana sistem wiring yg terpaksa di buat semula.
Alasan paling lojik"kete Malaysia".Tu belum lagi Gen 2 dll.
Kenapa Jepun tak ikhlas dlm memindahkan teknologinya?
Jawapnya Pemerintah Malaysia sekarg tak ikhlas dlm memajukan industri ini,kerana di selitkan dgn kepentingan peribadi dan golongan tertentu.Jadilah ape yg tlh terjadi.BN merosakan terlalu byk perkara sejak menerajui negara ni....

Wednesday, January 14, 2009

Nak jual kereta?

Ada orang kata,bila kita nak jual kereta,kereta kita tu akan meragam.Betul ke?Selalunya akan rosak bila kita nak jual.Ngape jadi gitu?Sebenarnya kereta tu adalah rahmat yg Allah beri kpd kita.Tapi nafsu ni tak pernah puas,nampak kereta yg lebih canggih,lebih besar,lebih come,lebih licin dahi,kita pun cepat melatah...nok tukar lain.Nok pasang dua, tak mampu,trade-in lah jawapnya.Tapi kete lama yg tak pernah meragam tiba2 je buat hal.jadi,....fikir2 kan

SELAMAT MENGUNDI PRK KUALA TERENGGANU


Tarikan pelancong terbaru.Beca roda 3 menggamit pelancong ke Kuala Terengganu.Sape naik beca ni confirm yg biru akan jadi hijau.Tahniah la pada Abang ni,Gua RESPEK sama lu!Berani kerana benar.Gua pernah jumpa satu stiker kereta bertulis"Rezeki dari Allah,bukan dari Umno".Patut stiker tu di tampal pada beca ni!

Tuesday, January 13, 2009


PRK P036 KUALA TERENGGANU


Petugas Pas Pahang dari Temerloh berehat setelah bertugas di DUN Ladang.Walaupun penat dgn kerja di samping cuaca yg kurang baik,tergambar keceriaan diwajah mereka.Ya Allah,terimalah amal kami yg sedikit ini ,kuatkanlah azam kami utk terus berjuang walau apa pun rintangan dihadapan.Ikhlaskanlah niat kami menghadapi musuh kami dan musuhmu ya Allah.Engkaulah maha berkuasa keatas sesiapa saja,berilah kemenangan kpd kami didunia dan akhirat.Allahuakbar!!!

Monday, January 12, 2009

K.Trengganu,antara 2 tawaran

Alhamdulillah,koi selamat sampai di Temerloh malam tadi setelah beberapa hari di Kuala Trengganu(ganu).Letihnya perjalanan yg jauh,tapi okey lah juga sebab kuda tungganganku agak selesa.Yg paling letih ialah mengadjust lidah nok ikot loghat ganu.Rombongan kami utk bertugas dari Temerloh ni,turut disertai oleh Pok Hassan,Ust Abi,Ust Fairuz,Hardy Suhardiman dan Ketua rombongan Ust Senu.Tahniah la pd Pok Hasan dan ust Abi kerana dapat anugerah M.J dari penduduk tempatang.(rezeki masing2),akibatnya Ust Abi tak nak balik,sementara Pok Hasan tak berapa nak balik.Macamana pun tahniah lah pd mereka berdua.Kami sampai di Ganu tengah malam Ahad di penempatan kontijen Pahang.Berada disitu ZMT,Mazlan dll yg dari awal kempen dah ada kat situ.Tahniah kpd mereka yg tinggalkan kesenangan dunia utk berjuang bersama2 secara full time.Moga kita diberi keredoan Allah sepanjang masa.
Esoknya kami turun ke medang(medan)bertemu pengundi utk mengajak mereka mencari dan memilih kebenaran walaupun kami tidak sediakan imbalan dunia.Kempen BN berlainan dari kami,dari projek kecik sampai jutaan dan billionan dijanjikan.Maaflah makcik,kami tidak mampu utk memenuhi permintaan yg pelbagai bentuk.Tawaran yg berbeza dari kelompok yg berbeza.Imbalan yg berbeza bergantung kpd pilihan dan niat yg berbeza.
Malamnya kami terserempak dgn ceramah BN dari seorang ustaz(Kot) dgn loghat Kedah yg diselangselikan dgn ayat2 suci utk membenarkan BN.Benarlah kata seorang kawan, ustaz sekarang ada yg berpura2.Setiap perkara sudah ada jawapang yg ready...Satu cerita, ust ni mengajar muridnya bahawa di larang kencing mengadap kiblat.Tiba2 satu hari ust tu sendiri yg kencing mengadap kiblat.Muridnya menegur mengapa ustaz buat begitu...?Ustaz yg terkejut tapi cekap ni terus menjawab "badan je mengadap kiblat,tapi MERIAM mengadap ke lain...."inilah agaknya jenis ustaz yg ada dalam BN.

Friday, January 9, 2009

BLOG UTK PERJUANGAN & UTK KERETA

Salam utk semua,blog ini adalah utk luahan hati seorang Pomen kereta yg bercita-cita utk mencari Redho Allah selama-lamanya.Sy bercadang utk jadikan blog ini sebagai tempat utk forum mengenai perjuangan dan utk masalah kereta...apa komen anda?

Tuesday, January 6, 2009

PALESTIN DAN KEDAYUSAN UMAT ISLAM

Krisis Palestin sebenarnya menampakan lagi betapa dayusnya Umat Islam dimata dunia.Terutamanya Negara dan Umat Islam yg berada disekeliling Israel.Negara umat islam ini sangat bacul utk mempertahankan org yg seagama dengan mereka,semata-mata utk menjaga diri sendiri.tapi kita jangan sedih kerana keislaman mereka kita pertikaikan hasil dari tindakan mereka sendiri yg pro Amerika dan Israel.
Pilihanraya Kuala trengganu menyaksikan pemisahan antara mereka yg mahukan islam dengan yg menentang islam.Semua perkara yg berlaku di sekeliling kita sebe
narnya neraca dari Allah utk membezakan antara penghuni Syurga dan penghuni Neraka.