Alhamdulillah,koi selamat sampai di Temerloh malam tadi setelah beberapa hari di Kuala Trengganu(ganu).Letihnya perjalanan yg jauh,tapi okey lah juga sebab kuda tungganganku agak selesa.Yg paling letih ialah mengadjust lidah nok ikot loghat ganu.Rombongan kami utk bertugas dari Temerloh ni,turut disertai oleh Pok Hassan,Ust Abi,Ust Fairuz,Hardy Suhardiman dan Ketua rombongan Ust Senu.Tahniah la pd Pok Hasan dan ust Abi kerana dapat anugerah M.J dari penduduk tempatang.(rezeki masing2),akibatnya Ust Abi tak nak balik,sementara Pok Hasan tak berapa nak balik.Macamana pun tahniah lah pd mereka berdua.Kami sampai di Ganu tengah malam Ahad di penempatan kontijen Pahang.Berada disitu ZMT,Mazlan dll yg dari awal kempen dah ada kat situ.Tahniah kpd mereka yg tinggalkan kesenangan dunia utk berjuang bersama2 secara full time.Moga kita diberi keredoan Allah sepanjang masa.
Esoknya kami turun ke medang(medan)bertemu pengundi utk mengajak mereka mencari dan memilih kebenaran walaupun kami tidak sediakan imbalan dunia.Kempen BN berlainan dari kami,dari projek kecik sampai jutaan dan billionan dijanjikan.Maaflah makcik,kami tidak mampu utk memenuhi permintaan yg pelbagai bentuk.Tawaran yg berbeza dari kelompok yg berbeza.Imbalan yg berbeza bergantung kpd pilihan dan niat yg berbeza.
Malamnya kami terserempak dgn ceramah BN dari seorang ustaz(Kot) dgn loghat Kedah yg diselangselikan dgn ayat2 suci utk membenarkan BN.Benarlah kata seorang kawan, ustaz sekarang ada yg berpura2.Setiap perkara sudah ada jawapang yg ready...Satu cerita, ust ni mengajar muridnya bahawa di larang kencing mengadap kiblat.Tiba2 satu hari ust tu sendiri yg kencing mengadap kiblat.Muridnya menegur mengapa ustaz buat begitu...?Ustaz yg terkejut tapi cekap ni terus menjawab "badan je mengadap kiblat,tapi MERIAM mengadap ke lain...."inilah agaknya jenis ustaz yg ada dalam BN.
No comments:
Post a Comment