Monday, July 27, 2009

Penjagaan Bateri

Apakah jenis bateri yg anda gunakan ? Secara umumnya Bateri ada 2 jenis.
1) Jenis kering.(Maintenance Free)
- Jenis ini senang di jaga kerana tidak perlu memeriksa airnya.
-Biasanya harganya mahal sedikit drpd jenis menggunakan air.
-keburukanya ialah ia boleh rosak secara tiba2 tanpa warning, istilah "org Awak" MATI
TEGAK.
2) Jenis Air.
-Hendaklah sentiasa memeriksa airnya utk memastikan sentiasa cukup supaya tahan
lebih lama.
-sebaik2nya tambah air yg kurang pada waktu sejuk.
-kebaikan jenis ini adanya "warning", apabila hampir rosak dengan lemahnya bunyi enjin
kereta apabila hendak dihidupkan.

Karbon yg selalu terjadi di kepala Bateri boleh dihilangkan dengan menjiruskanya dgn air suam.
Bateri zaman sekarang biasanya hanya tahan utk setahun sahaja, lepas tu ready2 lah ongkosnya!

Sunday, July 12, 2009

ISA...Undang2 Zalim

1 Ogos ni, satu himpunan membantah undang2 zalim ISA akan diadakan di Kuala Lumpur.
Ngape agaknya kita mempertahankan undang2 rimba macam ni aku pun tak tahu.Boleh ke kita tahan orang dan tak benarkan mereka membela diri? Sedap la macam tu kalau kita jadi pemerintah! Orang2 yg menyokong ISA ni sebenarnya akan membantah jika mereka yg kena tahan dan tak boleh cabar di mahkamah.
Dlm Islam siapa saja yg ditahan akan dibuktikan kesalahan mereka.Walau siapa pun mereka.Komunis ke,Yahudi ke...,inilah keadilan dlm islam. ISA ni sudah tentu bercanggah dengan islam. Bagi mereka yg menyokong sudah tentu berdosa. Dan bagi mereka yg menyokong dan mengundi BN yg menegakan undang2 ini juga turut berdosa!
Patutlah Tok Guru confiden je nak debat ngan UMNO.
Dan patutlah org UMNO confiden je tak nak debat ngan PAS.

Program santai keluarga


Hari ni aku & family mengadakan program santai keluarga di Taman Tasik Chating, Mentakab.
Dah lama aku tak jogging sebenarnya.Berbaloi rasanya menghabiskan masa berkeliling tasik tu, lenjun peluh tu jgn kiralah.Abg Ngah pun boleh tahan hebatnya jogging. Kami antara yg terawal sampai.Maklumlah lepas subuh, terus je..datang.Hajat nak jugak ajak member2 skali,tpi memandangkan program on the spot ni, aku pun tak jadilah ajak mereka.
Hajat nak rehat sepanjang hari ni tak jadi.Walaupun letih melayan kenduri Hj Adam sampai tengah malam tadi tak patahkan semangat aku utk riadah menyihatkan badan ni...,cewah!
Tengahari kami menjelajah bandar yg jauh dari tempat kami iaitu bandar TEMERLOH.
Balik je sampai rumah, Atan ikan patin telepon pulak.Kete Abg ipar rosak!
Aku pun trus mentowing ke bengkel lah, kemana lagi, tak kan ke sangkar ikan Atan pulak!
6.30 ptg baru sampai rumah. Fuh ! ari cutiku ari ini berbaloi dgn full time.Minggu lepas ke Lanchang..., bila agaknya aku akan dpt menikmati cuti secuti-cutinya dlm erti kata yg sebenarnya, aku pung dok tahu!

Thursday, July 9, 2009

KERETA TUNDA

Tak lama lagi insyaalah kami ada Tow Truck sendiri.Buruk2 pun boleh la tarik kereta sape2 yg rosak tu...! Kadar bayaranya rendah sikit pada org lain punya..
Kalau sesape yg nak merasa kete nya kena tarik cuba2 lah call kami...mungkin seminggu lagi beroperasilah gamoknya..