Dah lama aku tak jogging sebenarnya.Berbaloi rasanya menghabiskan masa berkeliling tasik tu, lenjun peluh tu jgn kiralah.Abg Ngah pun boleh tahan hebatnya jogging. Kami antara yg terawal sampai.Maklumlah lepas subuh, terus je..datang.Hajat nak jugak ajak member2 skali,tpi memandangkan program on the spot ni, aku pun tak jadilah ajak mereka.
Hajat nak rehat sepanjang hari ni tak jadi.Walaupun letih melayan kenduri Hj Adam sampai tengah malam tadi tak patahkan semangat aku utk riadah menyihatkan badan ni...,cewah!
Tengahari kami menjelajah bandar yg jauh dari tempat kami iaitu bandar TEMERLOH.
Balik je sampai rumah, Atan ikan patin telepon pulak.Kete Abg ipar rosak!
Aku pun trus mentowing ke bengkel lah, kemana lagi, tak kan ke sangkar ikan Atan pulak!
6.30 ptg baru sampai rumah. Fuh ! ari cutiku ari ini berbaloi dgn full time.Minggu lepas ke Lanchang..., bila agaknya aku akan dpt menikmati cuti secuti-cutinya dlm erti kata yg sebenarnya, aku pung dok tahu!
No comments:
Post a Comment