Sunday, June 28, 2009

Berhati2 dijalanraya mendapat pahala

Salah siapa kalau berlaku kemalangan seperti diatas? Kadang2 org yg bersalah elok je....,tapi yg tak bersalah terpeleot!.Kemalangan yg berlaku di Bt 3 Songsang ini mengerikan.Pesona, Kelisa dan tiang lampu terlibat.Pemandu yg dikejarkan kehospital ini dlm kedudukan 50-50.
Apa salahnya kita berhati2 semasa memandu.Bertolak ansurlah dlm setiap keadaan, kerana semuanya akan dikira oleh Allah.Pandu cermat, jiwa tak tentu lagi selamat, tapi apa yg penting kita hendaklah sentiasa berada dlm posisi betul setiap masa, kalau tuhan menjemput kita bila masa, insyaalah kita ON THE WAY ke SYURGA.

Wednesday, June 24, 2009

Perlukah panaskan enjin kereta sebelum berjalan?


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.
Koi syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Koi ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top. Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap koi, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian koi dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk koi start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa koi pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk koi masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa koi pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Honda Oddyssey kegemarannya.. Kemudian bila koi dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, koi pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya koi tak buat. Sebab koi ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni? Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah? The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? koi rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja. Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus. Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya. Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat. Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun koi tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar? Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)? Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup. Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global. Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Apapun tulisan yg koi pungut ni hanya sekadar renungan.

Sunday, June 14, 2009

PENGAJIAN PONDOK

Sistem pengajian Pondok terkenal sedikit masa dulu.Tadi Aku menjenguk Ibubapaku yg tinggal di Pondok Kg Paya Siput,Lanchang.Disnilah antara tempat yg sesuai utk kita menuntut ilmu agama secara berpondok.Aku juga pernah belajar pondok di Pasir Tumbuh dulu.Apa yg penting di Pondok ni sebenarnya adalah suasana hidup beragama yg diterapkan, antaranya solat jamaah, cara berpakaian, belajar ilmu terutamanya menadah Kitab2 lama karangan Ulama` terdahulu.
Apa yg penting ialah kita cuba menghidupkan Agama itu dlm semua aspek kehidupan. Dari soal ilmu, pergaulan, Politik, berniaga dll.Di Pondok ni sebenarnya tidak dikenakan yuran utk belajar.Peliknya rezeki dtg dlm berbagai bentuk sehingga kehidupan guru2 Pondok biasanya akan senang.Inilah berkatnya mendahulukan Allah dari yg lainya, sehingga Allah akan iringkan rezeki kpd kita dlm banyak perkara yg tidak kita sangka.


Pemandangan Pondok Ustaz Sabarudin Kg Paya Siput,Lanchang.Macam Chalet2 tepi pantai.
Pondok Ibubapaku...., Macam bukan Pondok je...,siap ada Air-Cond lagi.Pondok Moden!

Pak Cu Dan Mak Cu dtg dari Putra Jaya melihat suasana Pondok...,bukan nak minta sumbangan!


Masjid dlm pembinaan.Masih mengharapkan sumbangan utk menyiapkanya.Hulurlah sikit..!



Friday, June 12, 2009

Ford Transit


Model ni adalah model keta omputih.Fuh!..., spare part memang payoh skit nak cari,nak repair pun susah drpd keta jepun.Baru2 ni ada sebuah keta model ni kepunyaan sebuah pertubuhan anak2 yatim yg koi baiki. Selesai baiki enjin, koi antar ke tempat baiki Air-cond. Semua menolak dgn alasan susah sangat.Semua tempat menolak dgn alasan kena buka Dashboard yg susah tu.Last2 koi pakat dgn member cuba buka sendiri dashboard tu. Laaa...tak susah sangat pun!
Baru koi dpt tangkap maksud susah sgt tu bersamaan dgn kena cas lebih! Dgn Keta anak2 yatim pun engkorang nak cas lebih....,tak taulah koi nak bayangkan perasaan org2 ni terhadap anak2 yatim.Sepatutnya adalah skit perasaan KEYATIMAN dlm diri kita terhadap anak2 yatim tu.Ni tak kira sape customer kita..., KERAT habis2. Time aksih koi ucapkan pada member air-cond koi tu yg mengmbil kira perasaan hati Van tu. Memang Van tu sebenarnya anak yatim jugak! kalu tak tak kan dia dok di rmh anak2 yatim!

Wednesday, June 10, 2009

Thursday, June 4, 2009

HILANGNYA NILAI MUKMIN SEJATI.

Pening kepala aku bila lihat ragam manusia disekelilingku sekarang.Bukan apa...aku beri contoh ada sorang tu yg ku kenal amat rajin ke masjid.Pakaian Alhamdulilah, ikut sunnah yg aku pun tak sanggup buat.Tapi bila diluar masjid berTOPI SUDU pulak.Aku tak kisah sgt tentang topi sudu tu...,tapi org ni mahir jadi ketua muzik,ala....,yg dok depan pemuzik pegang kayu tu..!Dia lah tu.Umno pulak tu!. Ada lagi..,bila kenduri rumah dia ada koraoke sampai pagi.., masaallah, terangkat, org tua nyanyi.Tapi bila di masjid,watak bertukar 360 darjah.Apa ingat ni berlakon filem ke?Sedar lah sikit Pakcik!
Contoh kedua..,Bekas Imam, Aku respek sebab rutin dia ni ngajar di masjid surau.Aku pun kenal anak lelaki dia je.Tapi satu ari tu dia bawak anak perempuan dia.Fuh..! betui ke anak pak imam ni?. Pakaian dia macam anak Pekerja kedai nombor ekor, tak macam anak imam.Aku pernah gi rumah anak dia yg lain.Ya Allah..., menantu pompuan dia cakap orong putih tu tak pe lagi,pakaian dia...
Aku tak berani nak cakap...! Dimana agaknya nilaian Allah terhadap org2 macam ni.Pahala ngajar dia,pahala jemaah dia,aku rasa macam ditolak je..!
Ngape jadi macam ni? Aku sendiri sebagai DR kereta slalu jumpe benda2 yg tak sepatut ada dlm kereta seorang USTAZ.
Aku nak tanya rumah sape yg tak de TV? Lagi besar ustaznya lagi besar TV! siap ngan ASTRO pulak tu!. Masa kita jemaah di masjid, anak dgn isteri kita terbahak2 depan TV!...tak kira cerita apa.24 jam. Ngape kita slalu berlakon macam ni? Lebih baik kita jadi pelakon betul!
Bukan niat nak perli sesape..cuma takutnya aku keluarga aku akan jadi macam keluarga org lain jugak, yg tak ambil kesah dosa pahala! nampak macam kuat berjuang,tapi Allah kata NO !
Harapnya aku ngan anak2 aku tak jadi macam yg aku citer tadi.