Wednesday, April 29, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Inilah aku...

Sekadar merenung kenangan silam.
1970-menjengok dunia yg penuh tipu daya,di Kg.Pintu Padang,Raub,Pahang.
-Ibubapa berasal dari Kelantan.
-berpindah ke Felda Bukit Mendi,Triang.
1977-bersekolah rendah di Bukit Mendi.
1977-ikut ayah berpindah ke Felda Lembah Klau,Raub.
1977 hingga1982-bersekolah di SK (F)Lembah Klau.
-Alhamdulillah...,sering dapat No.1 dalam kelas sehingga darjah 6.
1983-bersekolah di Sekolah Menengah Agama Dong Raub.
-Dapat No. 1,Terus lompat kelas kerana % tinggi.
-ayah menyarankan aku sekolah Pondok.Aku pun terus berhenti dan masuk pondok di
Pasir Tumbuh,Kelantan.
-Guru sekolah Dong dtg rumah marahkan ayahku kerana aku berhenti sekolah.Mereka
kata akulah target sekolah utk score A.
-beberapa tahun aku di Pondok,alhamdulillah dpt sikit ilmu dan kefahaman agama walau
pun tak de sijil...
1987-aku masuk Institut Kemahiran Belia Negara di Dusun Tua,Hulu Langat,Selangor.
-aku pohon kursus yg lain,tapi ditawarkan kursus Penyejuk Bekuan Dan Penyaman
Udara(Air Cond & Peti Sejuk).Aku adalah peserta termuda disitu tapi Allah anugerahkan
kpd ku "Best Student No 1".(bukan nak riak)Hampir 3 tahun aku disitu.
1990-Tamat shj, aku ditawarkan bekerja di sebuah syrikat di Taman permata,Hulu Klang.Aku tinggal di Taman Melawati,KL.
Aku suka melompat kerja di perbagai syarikat utk mencari pengalaman,dan telah bekerja
di seluruh Malaysia.
-aku buka syarikat sendiri dlm usia 22 tahun.Baru aku tahu macamana nak dpt kontrak,
nak lulus kerja,nak dpt payment..dll.fuhhh!kalu macam nilah nak jadi kontraktor...aku
cuba bertahan kerana nak berniaga cara bersih ikut agama...sehinggalah aku bertemu
seorang kenalan.,katanya"kalau awak berhenti kerja ni..,awak mati ke?"
ehh..! tak lah mati...,aku pun terus balik kampung,tinggal semuanya.Kerana itulah aku tak
berapa respek kpd kotraktor,kerana aku tahu terlalu jarang yg bersih.
Aku cuba berniaga macam2.Dari jual air tebu,ayam percik dll.
1994-aku mula berkecimpung dlm kerja pomen di Bentong.Disinilah bermulanya episod seorang
tobibussayyaroh.Di bentong aku meneruskan kerja2 dlm Pas.Mana pegi Ust Affendi bekas
YDP Bentong tu ye?Solat asarnya setiap hari berjemaah di Bengkel.Hanya Ust Junaidi
yg kerap aku jumpa sekarang.yg lain jarang sikit.
1996-Bertemu jodoh dgn orang Pekan.
1997-berpindah ke Temerloh.Bekerja di Bengkel KimChun di Batu Satu Jalan Mentakab.
1998-berpindah semula ke Bentong dan ditawarkan kongsi syer syarikat.
1999- pecah kongsi.pindah semula ke Temerloh kerana menurut cadangan abang sulungku
Badri(Allahyarham)utk membuka bengkel sendiri di Temerloh.Aku pun memulakan
perniagaan di Batu Satu ditanah seorang yg kuat Umna,tapi hubungan aku dgnya baik
sampai sekarang.
-suasana politik negara panas dgn pemecatan TPM Anwar Ibrahim.
bersambung....

Saturday, April 25, 2009

APAKAH HUKUM MENGUNDI BN?

1-Sure heboh(jom heboh)telah difatwakan haram oleh Mufti.
Sekarang sedang berlansung program tersebut di Perak.
2-Kerajaan memutuskan bahawa seorang anak tetap didlm agama asalnya walaupun salah
seorang dari ibubapanya masuk islam.
Macam2 perkara kerajaan BN buat terhadap agama ini.Heei...aku tak tahulah macamana org boleh undi BN.Daripada 2 perkara diatas aku minta korang beri hukum apakah hukumnya mengundi BN.Tulis dlm chat box dibawah...O.K

Thursday, April 23, 2009

Nak kereta power?


Banyak alat dipasaran yg dipromote sebagai penjana kpd kuasa kereta anda dan boleh menjimatkan minyak.Sebenarnya banyak alat yg tipu semata2.Para pengguna dibebankan pula dengan harga yg mahal.Walhal hasilnya ZERO.Kita yg tertipu cuba meyakinkan diri sendiri akan betulnya alat tersebut utk mengelakan diri kita dari merasa "bodohnya aku".Aku yg telah mencuba beberapa jenis alat sekadar utk mencuba terasa akan senangnya para peniaga mengaut keuntungan diatas kelemahan pengguna.Supplier yg menyaran aku menjual brg tersebut memberi aku test dulu...hasilnya selalunya "tak payah beli lagi baik".
Ramai pengguna yg menghabiskan ratusan bahkan ribuan duit semata2 terpedaya dgn iklan yg meyakinkan.Ngape la dok tanya pd org yg tahu dulu sebelum beli!
Sebenarnya...
1)ada alat yg memang mempowerkan kereta anda,tapi memberi kesan sampingan yg tak baik pd kereta anda.
2)ada alat yg menjimatkan petrol,tapi mengurangkan power pulak.
3)ada alat yg tak ada apa2 pun kesanya...
Kesimpulanya FAS AL AHLI ZIKR IN KUNTUM LAA TA`LAMUN

Saturday, April 18, 2009

Very busyyyyyy

Terlalu sibuk dengan urusan seharian...,tak dpt aku nak update blog,malam tadi baru selesai program jamuan amal Pasti Az-zahra`,pagi ni nak pegi tengok anak di Tahfiz Berhala Gantang,tengahari nak pegi kenduri kawin sepupu,pagi ni jugak ada family metting di Pondok,pagi ni jugak ada gotong royong di Kerdau,ptg ni pegi pasang PA System di Darul Izzah..malam ceramah Ustaz Mokhtar Senik.....zzzzz

Wednesday, April 8, 2009

Najib PM terakhir dari BN?

Syukur pada Allah atas kemenangan berganda PR dlm PRK lalu.KEGHUYUPAN BN semakin hampir.Rakyat sudah memberi isyarat jelas utk BN mengundurkan diri secara terhormat.Perubahan pimpinan tidak mengUPGRADEkan BN.Najib kelam kabut sekarang dlm pembentukan kabinet.Adakah semua ini petanda bahawa Najib adalah PM terakhir dari BN?
Doaku pd Allah agar sesiapa saja yg memimpin negara ini biarlah mereka yg mendapat restu Allah,bukan sekadar restu rakyat.Apalah gunanya rakyat restu,tapi Allah murka!UMNO yg menerajui BN tidak layak memerintah negara ini setelah kelakuan mereka yg jelas MENDERHAKA pd Allah.Rakyat yg menyokong mereka akan tetap dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak. Suasana sekarang lagi tidak layak mereka menerajui negara setelah ditolak pula oleh rakyat...

Monday, April 6, 2009

Bukit Gantang Kubur BN

Bukit gantang memanggilku utk turut serta dlm kerja2 dakwah...,mengajak perkara kebaikan(sokong PAS) dan menolak kemungkaran(BN).Rmbongan kami bermalam di Ipoh rumah kawan Fairuz.Rumah barunya yg belum diduduki menjadi tempat kami bermalam.Syukur pd Allah dan timakasih pd beliau atas segala kesudian menerima tetamu,menjamu kami dlm perjlanan pergi dan balik.Pagi2 lagi kami trus ke Bkt Gtg.Destinasi kami tentulah JPN.Tapi di tengah jln mesej dari DPP Pusat utk kami berkumpul di MTD Trong utk menyusun gerakerja bertemakan GELOMBANG HIJAU.Trus sja stering keta ku berpusing menuju kesitu.Pimpinan Pemuda pusat seperti Ust Din Tantawi dll sudah ada disitu.Pimpinan negeri pun ada.Kami menyusun kerja turun padang ke destinasi pendalaman.Rumah2 penduduk berada ditengah2 kebun sawit.Disini BN menang dlm PRU 12 yg lalu.Sudah tentu kami berdepan dgn laluan sukar sesukar utk kami sampai kerumah2 mereka.Tapi alhamdulillah tenaga2 muda yg FRESH dari Temerloh ni bersemangat dlm tugas merayu undi ini.Bab makan no problem,pegi je mana2 markas nasi tersedia.Apatah lagi kami membawa AMIR TO`AM bersama iaitu Ayahngah yg tugas utamanya ialah memastikan perut sentiasa penuh.Beliau bertangungjawab bab makan dari awal hingga akhir program.Gelombang Hijau kedua diteruskan tapi di DUN Changkat Jering pula.Tmpt ni lebih mudah kerana dekat bandar.Penerimaan penduduk juga lebih positif.Wlaubagaimanapun sepnjang tugas kami diBkt Gantag ni memberi pengalaman lebih bermakna berbeza dgn pengalmanan di PRK K.Trengganu yg lepas.Hrapnya tugas yg sikit ni diberi ganjaran oleh Allah.MI UDANG akan tetap menjadi ingatnku utk dtg lagi kesini dimasa akan dtg insyaalah.Sudah tentu Mi Udang musim Pilihanraya dan musim bukan pilihanraya berbeza.Apapun dlm pengalaman ini mengajar kami BN akan menggunakan apa saja isu utk memastikan mereka menang dan berkuasa utk meneruskan kerja2 memenuhkan hawa nafsu mereka dan kami akan terus menentang mereka selagi mereka "MENDERHAKA" kpd Allah.

PRK Bukit Gantang