Sekadar merenung kenangan silam.
1970-menjengok dunia yg penuh tipu daya,di Kg.Pintu Padang,Raub,Pahang.
-Ibubapa berasal dari Kelantan.
-berpindah ke Felda Bukit Mendi,Triang.
1977-bersekolah rendah di Bukit Mendi.
1977-ikut ayah berpindah ke Felda Lembah Klau,Raub.
1977 hingga1982-bersekolah di SK (F)Lembah Klau.
-Alhamdulillah...,sering dapat No.1 dalam kelas sehingga darjah 6.
1983-bersekolah di Sekolah Menengah Agama Dong Raub.
-Dapat No. 1,Terus lompat kelas kerana % tinggi.
-ayah menyarankan aku sekolah Pondok.Aku pun terus berhenti dan masuk pondok di
Pasir Tumbuh,Kelantan.
-Guru sekolah Dong dtg rumah marahkan ayahku kerana aku berhenti sekolah.Mereka
kata akulah target sekolah utk score A.
-beberapa tahun aku di Pondok,alhamdulillah dpt sikit ilmu dan kefahaman agama walau
pun tak de sijil...
1987-aku masuk Institut Kemahiran Belia Negara di Dusun Tua,Hulu Langat,Selangor.
-aku pohon kursus yg lain,tapi ditawarkan kursus Penyejuk Bekuan Dan Penyaman
Udara(Air Cond & Peti Sejuk).Aku adalah peserta termuda disitu tapi Allah anugerahkan
kpd ku "Best Student No 1".(bukan nak riak)Hampir 3 tahun aku disitu.
1990-Tamat shj, aku ditawarkan bekerja di sebuah syrikat di Taman permata,Hulu Klang.Aku tinggal di Taman Melawati,KL.
Aku suka melompat kerja di perbagai syarikat utk mencari pengalaman,dan telah bekerja
di seluruh Malaysia.
-aku buka syarikat sendiri dlm usia 22 tahun.Baru aku tahu macamana nak dpt kontrak,
nak lulus kerja,nak dpt payment..dll.fuhhh!kalu macam nilah nak jadi kontraktor...aku
cuba bertahan kerana nak berniaga cara bersih ikut agama...sehinggalah aku bertemu
seorang kenalan.,katanya"kalau awak berhenti kerja ni..,awak mati ke?"
ehh..! tak lah mati...,aku pun terus balik kampung,tinggal semuanya.Kerana itulah aku tak
berapa respek kpd kotraktor,kerana aku tahu terlalu jarang yg bersih.
Aku cuba berniaga macam2.Dari jual air tebu,ayam percik dll.
1994-aku mula berkecimpung dlm kerja pomen di Bentong.Disinilah bermulanya episod seorang
tobibussayyaroh.Di bentong aku meneruskan kerja2 dlm Pas.Mana pegi Ust Affendi bekas
YDP Bentong tu ye?Solat asarnya setiap hari berjemaah di Bengkel.Hanya Ust Junaidi
yg kerap aku jumpa sekarang.yg lain jarang sikit.
1996-Bertemu jodoh dgn orang Pekan.
1997-berpindah ke Temerloh.Bekerja di Bengkel KimChun di Batu Satu Jalan Mentakab.
1998-berpindah semula ke Bentong dan ditawarkan kongsi syer syarikat.
1999- pecah kongsi.pindah semula ke Temerloh kerana menurut cadangan abang sulungku
Badri(Allahyarham)utk membuka bengkel sendiri di Temerloh.Aku pun memulakan
perniagaan di Batu Satu ditanah seorang yg kuat Umna,tapi hubungan aku dgnya baik
sampai sekarang.
-suasana politik negara panas dgn pemecatan TPM Anwar Ibrahim.
bersambung....
No comments:
Post a Comment