Wednesday, February 25, 2009

TIMING BELT


Timing belt merupakan bahagian yg sangat penting didlm kompenan enjin kereta anda.Secara asasnya ia berfungsi utk menjalankan dua bahagian enjin atas dan bawah.Tamat tempoh penggunaanya ialah 70,000km utk jenis ORI,sementara jenis LOCAL dicadangkan hanya 50,000km sahaja.Utk ingatan km,kami merekodkan utk anda di bengkel kami.Kalau tempoh yg digunakan melebihi yg ditetapkan,mungkin timing belt tersebut akan putus.Kesanya Valve akan bengkok dan kos utk repairnya mungkin hampir RM1000.00.
Bagi pembeli kereta second hand,kami nasihatkan supaya utk menukarkan terus sebaik sahaja kereta itu dibeli.Utk penjelasan lanjut,sila hubungi kami utk dapatkan nasihat percuma mengenai penjagaan kereta.

Friday, February 20, 2009

Dimana lebihnya MELAYU?


Semalam dan sebelumnya aku mendengar beberapa kerat org melayu mempertahankan melayu dan rajanya,ada yg sanggup hingga ketitisan darah yg terakhir.Aku pun org melayu jugak,sayang pd bangsa ni,tapi kalau berlebih2 sampai jadikan dasar perjuangan,nabi kata asobiyah yg tak diakui umatnya.Apa lebihnya melayu kalau nak dibandingkan dgn bangsa lain?. Tak adilnya Allah kalau jadikan melayu mulia sedangkan ditakdirkan aku dilahirkan sebagai india.Sedangkan Allah maha adil kerana menetapkan semua bangsa sama taraf,yg membezakan adalah tahap taqwa seseorang.Cina lebih mulia kalau lebih taqwanya dari melayu..jadi dimanakah lebihnya melayu sampai nak berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir kerana melayu..!
Bangsa arab keturunan nabi tu pun ditegur olehnya dgn katanya "Tiada lebih mulia arab dari bangsa Ajam(bangsa lain)".Kalau bangsa arab pun tak lebih dari bangsa lain,ni pulak bangsa melayu..Marilah bersatu atas dasar agama,siapa yg lebih bertaqwa,dia lebih mulia,tak kira melayu atau asli dlm hutan.

Tuesday, February 17, 2009

KERETA ROSAK ?


Apa nak buat bila kereta anda tiba2 tak hidup bila nak pergi kerja diwaktu pagi?Jangan panik..,kami ajarkan perkara asas utk anda.
1.Kalau enjin kelihatan agak lemah bila di start,mungkin Bateri kereta anda ada masalah.Caranya ON kan suis kereta tu,masukan gear 3,tekan pedal Clutch,suruh kawan2 tolak.Bila laju sikit,lepaskan Clutch dan tekan pedal minyak sikit utk mudahkan enjin hidup.Tapi cara ni utk kereta manual sahaja.
2.Kalau start okey,tapi tak mahu hidup,periksa minyak petrol,kot2 habis.
3.Kalau petrol ada,tak jugak hidup,cuba periksa api plug.Kalau api plug tak ada mungkin masalah electronic dll.Segalanya berkemungkinan

Saturday, February 7, 2009

PERAK MENJELASKAN SIAPAKAH ULAMAK SEBENAR




Perak kecoh kerana BN merogol undang2 yg diciptakan sendiri utk merampas kuasa dgn cara yg sangat tidak bermoral.PR berusaha utk mempertahankan kerajaan yg dipilih oleh rakyat,sementara BN berusaha utk membuktikan bahawa wang adalah raja segala2nya.hasilnya seperti yg kita lihat...
Dlm kekecohan ini,aku melihat dua ulamak dgn dua kelakuan yg berbeza.
1-TG Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan BN di Perak adalah kerajaan HARAM.
2-Mufti Perak datang utk membaca doa di majlis angkat sumpah MB dari BN.
Kenapa ulamak mempunyai kelakuan yg berbeza..?Apakah alasan mufti tersebut hadir utk membaca doa.?
.............adakah itu lah tugas seorang mufti?
..................adakah kerana nak jaga periuk nasi..?
......................adakah kerana nak jaga hati golongan tertentu?(Hati Allah tak nak jaga ke?)
.........................bolehlah jawab depan Allah esok,tapi Allah terima ke?
Takan lah dua2nya betul..inilah jadinya bila ulamak ada kepentingan..!Aku tak leh terima benda macam ni,kerana ulamak mesti satu sikap dlm hal yg besar macam ni!harapnya rakyat dapat menilai siapakah ulamak yg sebenar,siapakah ulamak yg kaburrr!

Wednesday, February 4, 2009

Ya Allah berilah keselamatan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.


Politik negara bergolak kembali.Perak menjadi tumpuan.Umum mengetahui apa yg berlaku.Sebenarnya pertarungan ini bukan sekadar zahir sahaja,tanpa dilihat,syaitan memainkan peranan yg cukup besar utk memastikan manusia bersamanya di neraka kelak.Ada golongan yg tidak termakan ajakan syaitan,sementara ramai yg tergoda dengan pujuk rayu syaitan yg dijelmakan dlm bentuk duit,projek,kereta,harta,wanita,pangkat dll.Islam mengajar umatnya konsisten dlm mencari redho Allah.Kalau Tahta menjadi punca Allah murka,lebih baik tiada tahta.Kalau kaya punca kemurkaan,lebih baik kita miskin.Dlm kekecamukan suasana mlm ini,Pas menjadi satu2nya yg tak terpalit dgn apa2 skandal.Ya Allah,engkau pilihlah jamaah Pas ini menjadi pembela agamamu,iktiraf kanlah kami.Walau apapun yg engkau takdirkan terjadi,tetapkanlah pendirian kami.Kalau engkau takdirkan kami keseorangan,kami redo,kerana keredoanlah matlamat kami.Di keheningan mlm ini,kami mohon bantulah kami khususnya di Perak.Janganlah engkau gantikan kerajaan ini dgn musuhmu yg kelak akan mengajak rakyat menderhaka kpdmu Ya Allah.

Tuesday, February 3, 2009

MASALAH ENJIN KERETA PANAS

Apa nak buat kalau kereta anda tiba2 temperature naik?Kalau terus jalan,rosak enjin.Kalau berhenti,sampai bila?Disini Pusat Servis Kereta Syam sediakan tips ringkas utk anda.
Berhentikan kereta anda ditepi jln dan terus talifon Syam Bengkel.Ini cara paling mudah.Cara kedua ialah matikan kereta anda dan lihatlah secara keseluruhan enjin kereta anda.Kesan sebarang tanda2 kebocoran air atau lain2 tanda yg pelik.Jangan buka terus tutup tangki air anda,tunggu sehingga sejuk sedikit.Pastikan air ada didlm tangki,kalau tiada,isikan air perlahan2(pastikan enjin tidak terlalu panas).Kemudian kesan jikalau ada air bocor.Tempat yg selalu bocor ialah tangki air(radiator),hose,water pump,pipe,water jacket.Kalau boleh baiki sendiri utk sementara.Apa2 hal cari Bengkel terdekat atau hubungi kami utk minta nasihat.Sekian bersambung....