Friday, February 20, 2009

Dimana lebihnya MELAYU?


Semalam dan sebelumnya aku mendengar beberapa kerat org melayu mempertahankan melayu dan rajanya,ada yg sanggup hingga ketitisan darah yg terakhir.Aku pun org melayu jugak,sayang pd bangsa ni,tapi kalau berlebih2 sampai jadikan dasar perjuangan,nabi kata asobiyah yg tak diakui umatnya.Apa lebihnya melayu kalau nak dibandingkan dgn bangsa lain?. Tak adilnya Allah kalau jadikan melayu mulia sedangkan ditakdirkan aku dilahirkan sebagai india.Sedangkan Allah maha adil kerana menetapkan semua bangsa sama taraf,yg membezakan adalah tahap taqwa seseorang.Cina lebih mulia kalau lebih taqwanya dari melayu..jadi dimanakah lebihnya melayu sampai nak berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir kerana melayu..!
Bangsa arab keturunan nabi tu pun ditegur olehnya dgn katanya "Tiada lebih mulia arab dari bangsa Ajam(bangsa lain)".Kalau bangsa arab pun tak lebih dari bangsa lain,ni pulak bangsa melayu..Marilah bersatu atas dasar agama,siapa yg lebih bertaqwa,dia lebih mulia,tak kira melayu atau asli dlm hutan.

No comments: