Tuesday, September 29, 2009

Hari ahad baru2 ni, koi buat Open House di teratak koi di Temerloh Jaya.Alhamdulillah kehadiran sangat menggalakan.Makanan terpaksa ditambah, nasib baiklah ada family koi menyiapkan makanan segera utk menampung kehadiran yg ramai.
Terimakasihlah kpd semua yg menjayakannya termasuklah YB Syed Hamid.Apapun YB kita ni mendapat respon yg baik dari jiran2 koi esoknya kerana beliau beusaha menenangkan seorang anak jian koi yg tetiba je Histeria.

Koi agak 98 % jemputan koi hadir termasuk muslimat.Harapan koi agar kehadiran anda semua membawa berkat kedalam rmh koi.

Majlis perkahwinan anak Ayahngah di Felda Purun. Semoga mereka mendapat rahmat dalam melayari hidup rumahtangga ni.

Thursday, September 24, 2009

Raya jangan tak raya.

Tahun ni koi ngabihkan masa dekat seminggu beraya sakan.
Raya pertama.Di Klau solat Aidilfitri, pastu mesyuarat keluarga, pastu melayan org dtr rumah, pastu gi Mempaga, pastu gi Ulu Gali, pastu gi rumah Ilah pekena laksa penang,pastu tidur.
Raya kedua.Gi Kubur, pastu melayan org dtg, pastu gi Bentong rumah Tan Ali, pastu balik Temerloh.
Raya ketiga, Balik Pekan, terus je gi rmh Kak Tipah, pastu tunggu Abg Zubir nok balik Penang, pastu gi rmh Mak Kecik, pastu gi rmh Mak Teh Abg Said, pastu balik Tg medang.
Raya keempat.Gi Pasir Panjang ngan kak Ji.
Raya kelima.Gi rmh Lokman di Sg Isap, pastu gi rmh Kak Dah di Jaya Gading pastu balik Temerloh.
Raya keenam.Gi Bengkel, pastu kerjalah!

Gambar terbaru anak2ku...Ina,Abg Ngah,Kak Long,Ammar,Syamil dan Aisyah.Di pagi Syawal.
Bersama Farah deeba(sepupu) di Bandar Pekan di Hari raya.
Beraya bersama Mak Teh Teh di Tanjung Medang, Pekan.



Kak Long macam budak kecik main bunga api di Raub.


Mesyuarat bulanan keluarga dibuat pagi syawal di Klau, Raub.Mok su, Sinim,Cik Ghu dan Aslah.




Mesyuarat keluargalah..... apa lagi ! utk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Pesta membeli belah di The Store menjelang raya....,Fuh ngape la bersungguh sangat ngabihkan duit !






Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini.Segala kesalahan dan kekurangan blog dan tuan blog ini harap mandapat kemaafan dari semua.

Sunday, September 13, 2009

BALIK KAMPUNG ? kereta o.k ke?

Gone agaknya persiapan utk balik Kg.Keta tu mestilah di cek semua sekali.Kalu tak reti, suruhlah DR keta anda cek.Jangan terus je balik kg, takut nanti terus je rosak.
Walaupun keta kita baru, tapi jangan sangka tak dok masalah.Yg penting periksa dulu kesyumulanya baru lah hati aman nok balik kg.
Antara perkara yg penting utk di periksa ialah
1) Minyak hitam
2) Air
3) Minyak gear,minyak Brake,minyak power steering,minyak Clutch dan minyak cap kapak kena ada dlm dashboard.
4) Tayar jgn botak.
5) Brake dlm keadaan baik.
6) Timing Belt, tali kipas.
7) Lampu, wiper berfungsi.
8) Apa-apalah.

Yg penting suruh pomen anda "test drive"kereta anda utk memastikan tahap kecergasan kereta anda secara keseluruhan. Jangan TAWAKKAL tak tentu pasal...,bengkel keta banyak yg tutup time raya gini...
Lepas periksa semua, mulakan perjalanan anda dgn Bismillah dan doa naik kenderaan.
Selamat berpuasa dan menyambut Aidilfitri.

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan

Bulan pose ni sibuk tu sibuk la juge,lapo lagi,tak de mood lagi.....
Semalam koi pegi spital nengok rodong sakit.Ustaz Nasharudin bekas imam masjid Temerloh yg terlantar akibat darah tinggi.Katil depan duduk Hj Majid, darah rendah pulak.Katil sebelah duduk bekas polis pencen mentakab, sakit yg sama.Katil belakang duduk member arwah Abg Yusuf pencen Felda yg sakit buah pinggang pulak.Fuh macam2 adaaaa...!
Malam tadi kat spital ni, Imam masjid Chenor meninggal dunia kerana kurang darah.Umur baru 38.Sorang demi sorang sakit dan tiba gilirian gi jumpa Allah.
Bila gamoknya giliran koi...
Tau tau orang kata...eh, syam pomen tu meninggal dah rupanya.Koi juga yg tanggung susah payohnya mati...org lain macam tak perasan jee..!
Harapnya bulan pose ni Allah ampunkan dosa koi yg bertimbun ni.
Nak update blog tak mampu rasanya.
Mana tarawihnya..., mana tadarusnya.., mana apa apalah..
Dikesempatan ini, koi mohon ampun dari korang semua atas banyaknya dosa koi pada korang yg kadang2 tak koi sedar.
Semuga madrasah Ramadhan ini menghasilkan produk yg bermutu selepas ini.