Monday, August 24, 2009

PRK PERMTG PASIR


Wahai Tuhan yg menguasai bumi dan langit, aku memohon kpdmu agar satukan hati2 kami dlm perjuangan ini.Ya Allah, jadikanlah Pas ini jamaah pilihanmu, dan tetapkanlah kami bersama jamaah ini. Jadikanlah mereka yg memimpin kami org yg ikhlas berjuang, dan singkirkanlah mereka yg boleh merosakan jamaah ini.
Ya Allah....,hari ini merupakan hari penentu dlm PRK Permtg Pasir ini, tetapkan hati pengundi2 agar mereka memilih jalanmu yg lurus, walau apapun imbuhan yg dtg kpd mereka.
Wahai Tuhan yg gagah perkasa...,gagalkanlah usaha BN utk menawan Permtg Pasir ini, dan berilah kesedaran kpd org ramai akan kefasikan BN, serta jadikanlah bumi ini amnya tempat yg engkau berkati dan rahmatilah kami semua.

Wednesday, August 19, 2009

Syaitan bertepuk tangan

Akhbar ari ni menyiarkan pendapat dari 2 tokoh agama tersohor negara iaitu TG Nik Aziz dan Harussani.2 pendapat yg jauh berbeza.TG Nik Aziz berdasarkan ilmu agama, sementara Harussani berdasarkan gaji yg diterima. Memang lain la...
Aku nak tanya, Harussani kata tak ada nas ahli Pas masuk syurga...
ada ke nas ahli Umno masuk syurga..?
Lebih baik dia kata tak ada nas ahli Pas dan Umno masuk Syurga..!
Ni lah akibatnya bila ulama` termakan sedikit kelebihan dunia...
TG Nik Aziz berjuang dan bercakap berdasarkan keyakinan ilmunya..,
Harussani bercakap berdasarkan ampu kepada ......
Aku berdoa semoga Harussani bertaubat dan kembali kepada keikhlasan ilmu agama yg dimilikinya.Aku tak heran bila org jahil tersalah cakap...,
Tapi aku yakin syaitan bertepuk tangan dgn kuat bila ulama` yg sengaja cakap salah..!

Thursday, August 13, 2009

Standrard BN

Siasat Ong Tee Keat
1. Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak dan menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pada kadar segera dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Tiong King Sing , bahawa syarikatnya telah memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA , Datuk Ong Tee Kiat , untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lepas.
2. Dakwaan Ketua Pegawai Syarikat Kuala Dimensi yang sedang disiasat atas tuduhan salah laku dalam projek Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ) , Tiong King Sing mengaku bahawa dia telah mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat.
3. Derma itu diserahkan beliau melalui Bahagian MCA tahun lepas.
4. "Saya bagi dia duit cash kerana dia mahu cepat " kata Tiong King Sing kepada sebuah laman web hari ini.
5. Isu PKFZ dianggap punca penolakan secara langsung orang Cina terhadap MCA . Sebaik sahaja menjadi Presiden MCA & Menteri Pengangkutan , Ong Tee Kiat berusaha untuk menyelesaikan isu ini.
6. PKFZ telah mendedahkan , siasatan sedang dibuat terhadap Kuala Dimensi ekoran beberapa tuntutan yang tidak munasabah yang melibatkan wang sehingga RM1 bilion . Tiong King Sing marah apabila Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan PKFZ tidak pernah memanggil mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat laporan termasuk salahlaku wang yang bernilai antara RM500 juta ke RM1 bilion.
7. Tiong King Sing yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN di Dewan Rakyat mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu. Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
8. Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata, Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut, sebagaimana dilapor dala sebuah laman web.
9. Jika tiada sebarang tindakan atau usaha menyiasat oleh pihak SPRM atau mana - mana pihak berkuasa seperti polis , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu laporan polis berkait isu ini . Rakyat ingin tahu kesudahan sandiwara baru pemimpin BN ini .
10. Malang Malaysia ku , kalau melibatkan wang hanya RM 2500.00 pasti sudah lama ia disiasat atau kalau tidak pun esok akan ditemui mati terbunuh . Tapi oleh kerana melibatkan RM 10 juta , entah siapa yang mahu bertindak . Pelikkan ? salaaam satu Malaysia ! Apa khabar BN ?

Wednesday, August 5, 2009

Jaga Gen 2

Adakah anda pemilik Gen 2?..
Gen 2 dan semua jenis kereta yg gunakan enjin "CAMPRO"...,aku nok citer sikit.
Model ni kena jaga sungguh enjin dia.Jangan sampai OVERHEATING atau TIMING BELT putus!.Kalau jadi jugak,alamtnya kena tukar HEAD sebijik.Tak dak potong2 head ke,repair ke,apa ke..!macam kete lain tu..!
Selalunya repair tok sudah,kena tukar jugak.Ongkosnya Rm 3,000 keatas!
Oleh itu...,jagalah Gen 2 ,Proton Saga baru,Waja baru dan yg seangkatan dgnya dgn betui2.
Kalau tidak rambut akan gugur selai2.

Monday, August 3, 2009

ISA...Undang2 Zalim

Lama betui dok update blog ni...
1 ogos...,perhimpunan mansuhkan ISA di K.L
Aku gi ngan member2 pagi tu.Road-block biasalah tu, gunanya utk lambatkan trafic dan gagalkan himpunan tersebut. Kecanggihan LRT aku gunakan utk segera sampai kesana walaupun ptgnya stesen di Masjid Jamek di tutup.
Sesampai di pintu masjid Jamek,kami ditahan dan diperiksa oleh polis dan kami dikerumuni wartawan.Agaknya kami antara yg terawal ditahan.Tak sampai satu jam berikutnya, member2 di Temerloh talifon menanyakan khabar kami yg gambar terpampang di internet dgn tajuk "POLIS TAHAN".Biasalah tu polis tahan.
Pengalaman yg ntah berapa kali disembur dgn water canon dan gas pemedih mata tak patahkan semangat kami menyuarakan bantahan terhadap undang2 zalim ISA ini.
Malas betui nok naip ni....
Moga Allah jadikan bantahan ISA ku ini sebagai amal ibadah.Amiiiiin.
Zzzzzzzzzz